Program Madani Rakyat 2024 fokus kesejahteraan rakyat Sarawak

MIRI – Program Madani Rakyat (PMR) 2024 ‘Sarawakku Sayang’ melabuhkan tirai hari ini setelah berlangsung selama tiga hari bermula 27 hingga 29 September 2024 di pekarangan Boulevard Miri, Sarawak.

Program itu merupakan anjuran Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) dengan kerjasama Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Pejabat Perdana Menteri dan kerajaan Sarawak.

Selain itu, program tersebut turut memperkenalkan pelbagai inisiatif yang dijalankan oleh kerajaan Persekutuan dan kerajaan Sarawak dengan fokus kepada kesejahteraan rakyat.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan ialah aktiviti perpaduan, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), karnival kerjaya, pertanian, keterjaminan makanan, dan inisiatif hijau.

Malah, pameran Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM) serta kecerdasan buatan (AI) turut menarik minat ramai pengunjung.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyampaikan sumbangan program Sejahtera Komuniti Madani (SejaTi Madani) kepada penerima daripada pelbagai sektor termasuk pertanian, makanan, jahitan, dan pelancongan.

Inisiatif ini melibatkan peruntukan berjumlah RM1 bilion bagi komuniti yang layak di seluruh negara.

Dalam majlis yang sama, Perdana Menteri turut melancarkan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri Petra yang menyokong agenda sifar karbon melalui peralihan tenaga dan transformasi air menjelang 2050.

Menariknya, NPI tersebut boleh dibida secara dalam talian sehingga 2 Oktober ini.

Jumlah pengunjung sepanjang tiga hari program mencatatkan lebih 300,000 orang.

Program ini juga berjaya menjana pendapatan RM500,000 dalam dua hari pertama melalui pelbagai jualan seperti Jualan Agro dan Usahawan Madani, Jualan Rahmah Madani dan Foodtrucks.

PMR 2024 ‘Sarawakku Sayang’ berjaya mencapai matlamat memperkenalkan inisiatif kerajaan demi kesejahteraan rakyat selain memperkasa golongan belia Sarawak.

Related Posts

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

BETONG – Program Sarawakku Sayang Bahagian Betong yang berlangsung selama tiga hari di Kompleks Sukan Betong berjaya menarik seramai 97,225 pengunjung. Program berkenaan turut menghimpunkan 48 agensi yang menawarkan sebanyak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

Gambar disalah guna, Dr Zaliha nafi ada kaitan penempatan Rohingya

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

‘Hutang ciput’, tetapi rakyat berhak tuntut cerita penuh kewangan Terengganu

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Program Sarawakku Sayang Betong tarik 97,225 pengunjung

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah