Hanya 10,000 pekebun kecil Sabah berdaftar terima bantuan RM400

KOTA KINABALU – Hanya kira-kira 10,000 petani dan pekebun kecil di Sabah didaftarkan sepenuhnya dalam sistem bagi menerima bantuan tunai bulanan RM400, berbanding jumlah yang berpotensi layak dianggarkan mencecah 100,000 orang.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan di Kementerian Kewangan, Tan Sri Johan Mahmood Merican berkata, Kerajaan Persekutuan sedang bekerjasama dengan Kerajaan Sabah bagi mengemas kini senarai penerima yang layak.

Katanya, kerajaan negeri bersama jawatankuasa sedang dalam proses untuk mengemas kini senarai pekebun kecil supaya mereka juga mendapat manfaat bantuan tunai bulanan RM400.

“Pada masa ini, kira-kira 10,000 sahaja yang sudah berdaftar penuh dalam sistem. Saya difahamkan mungkin sehingga 100,000 pekebun kecil di Sabah yang sepatutnya layak.

“Usaha ini turut melibatkan pekebun kecil getah yang berdaftar di bawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS),” katanya selepas melakukan lawatan ke Pusat Transformasi Bandar (UTC) Kota Kinabalu, di sini pada Ahad.

Menurut Johan, kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Sabah akan dipertingkatkan bagi memastikan golongan yang layak tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

“Kami berusaha bersama Kerajaan Sabah untuk memastikan mereka yang layak menerima bantuan yang sememangnya layak diterima,” katanya.

Sementara itu, Johan menyambut baik pelaksanaan sistem giliran digital di UTC Kota Kinabalu yang membolehkan pelanggan membuat tempahan dari rumah tanpa perlu beratur panjang.

“Saya melihat ada pembaharuan, contohnya sistem giliran yang dilaksanakan di UTC Kota Kinabalu, di mana rakyat boleh membuat tempahan dari rumah secara digital supaya tidak perlu beratur panjang.

“Pengurusan UTC Kota Kinabalu berusaha memantapkan keadaan supaya mesra rakyat dan mesra pelanggan, selain memastikan semua agensi dapat berfungsi serta beroperasi dalam keadaan selesa,” katanya.

Dalam lawatan kerja sehari ke Sabah, Johan turut mengadakan kunjungan dan perbincangan bersama-sama Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Related Posts

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

KUANTAN – Setiap ahli politik perlu mempunyai prinsip dan berpegang kepada lima asas penting bagi memastikan mereka kekal dihormati. Perkara ini juga menjadi benteng kepada ahli politik untuk menjalankan amanah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

KUCHING – Kolej Komuniti Mas Gading (KKMG) dan Plaza Merdeka Management Sdn Bhd (Plaza Merdeka) memeterai kerjasama strategik melalui pemeteraian Surat Niat (LoI) bersempena dengan penganjuran pameran iPROTECH 2026 pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Layakkah Pas digelar parti ‘syurga’?

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Lima prinsip asas perlu jadi pegangan ahli politik

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Kolej Komuniti Mas Gading meterai surat niat kerjasama dengan Plaza Merdeka

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

Bacaan indeks pencemaran udara di Sarawak catat tahap berbahaya pada pagi ini

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

RUU Pendanaan Politik perlu selesai sebelum PRU16

Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air

  • By Fatin
  • September 8, 2026
Lebih RM1 bilion selesai ‘warisan’ masalah bekalan air