Peruntukan kelab seni budaya wajar ditambah, tarik minat anak muda – Abdullah Saidol

SIBU – Kerajaan Sarawak disaran meningkatkan peruntukan kepada Majlis Seni Sarawak (MSS) dan persatuan berkaitan bagi menggalakkan penyertaan anak muda dalam memelihara warisan budaya negeri.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, tambahan dana itu juga wajar disertakan dengan penawaran hadiah pertandingan yang lebih menarik.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan dilihat penting sebagai tanda penghargaan kepada para peserta, sekali gus menjadi serampang dua mata untuk berterusan mengembangkan bakat seni anak Sarawak.

“Bagi agensi seperti MSS dan kelab-kelab yang sentiasa aktif dalam aktiviti budaya ini, saya rasa kerajaan harus memberikan bajet lebih sedikit.

“Tawarkan juga hadiah yang lebih besar pada masa akan datang kerana kita dapat melihat minat warga muda (terhadap seni) yang amat menakjubkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Festival Tari dan Lagu Melayu Asli Ke-36 Peringkat Sibu di Dewan Baitulmal, Kompleks Islam Sibu pada Sabtu malam.

Dalam pada itu, Abdullah menegaskan, bahawa pembangunan pesat negeri tidak seharusnya hanya tertumpu kepada kemajuan fizikal dan teknologi semata-mata.

Sebaliknya, ia perlu diseimbangkan dengan usaha berterusan memelihara seni dan warisan yang menjadi identiti perpaduan masyarakat majmuk di Sarawak.

Tambahnya, komitmen kerajaan terhadap hal tersebut terbukti menerusi penyediaan pelbagai kemudahan fizikal termasuk pusat seni.

Beliau turut berharap platform media tempatan seperti TVS dapat dimanfaatkan sepenuhnya bagi memperkenalkan keunikan seni budaya Sarawak kepada khalayak yang lebih luas.

Related Posts

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

TAWAU – Sistem pengurusan hospital di negeri ini terus diperkemas bagi menangani isu kesesakan pesakit serta mengurangkan tempoh menunggu untuk mendapatkan rawatan, sekali gus meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan kepada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

SHAH ALAM – Selangor akan melaksanakan penutupan sekolah, tadika dan pusat penjagaan kanak-kanak sekiranya bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200, selaras dengan ketetapan pihak berkuasa. Exco Kesihatan Awam dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Bekalan bahan api stabil, harga minyak global dijangka kekal tinggi

Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

  • By Fatin
  • September 7, 2026
Sistem pengurusan hospital diperkemas atasi kesesakan, pendekkan masa menunggu

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Belanjawan 2027: Golongan kurang berkemampuan, M40 dijangka jadi fokus

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Arsenal bangkit kalahkan Chelsea 2-1

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Wan Azizah gesa suara wanita diterjemah kepada dasar, bukan sekadar statistik

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200

Selangor tutup sekolah jika IPU melebihi 200