Aminuddin sedia gempur kubu BN di Linggi

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH), di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui bakal berdepan cabaran sukar di kerusi berkenaan walaupun atas status sebagai Menteri Besar dan Ahli Parlimen Port Dickson.

Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata, jentera PH akan bekerja dalam memastikan kemenangan gabungan itu di Linggi yang merupakan kubu kuat bagi Barisan Nasonal (BN)

“Bukan mudah, memang sukar, apabila berdepan di kubu lawan, bukan satu perkara yang senang buat saya, tetapi kita kena berusaha, saya harap jentera di bawah dapat membantu dan pengundi saya harap dapat buat keputusan yang bijak.

“Setiap pertembungan itu berbeza, lawan dua atau tiga tetapi apabila berada di kubu orang bukan mudah, saya hanya melaksanakan amanah yang diberikan parti,” katanya ketika ditemui media selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, pada Sabtu.

Aminuddin akan menghadapi tiga penjuru iaitu penyandang, Datuk Mohd. Faizal Ramli dari BN dan calon Bersatu, Datuk Zamri Md Yunus.

Sementara itu, Mohd. Faizal berkata, berbanding semasa PRN yang lalu, cabaran kali ini tentu berbeza apabila Aminuddin sebagai Menteri Besar datang bertanding dan memberikan cabaran.

“Saya telah diberikan amanah dan tanggungjawab bagi mempertahankan kerusi BN di Linggi ini, saya akan terus bekerja dengan jentera parti bagi memastikan BN kekal di sini.

“Walaupun Linggi dikatakan kubu kuat BN namun ia bukanlah satu perkara mudah dan ia bukanlah satu kelebihan kerana setiap ruang yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk meraih undi,” katanya.

Pada PRN 2023 lalu, Mohd. Faizal menang menewaskan Zamri yang pada ketika itu mewakili Perikatan Nasional (PN) dengan 1,461 majoriti undi.

Related Posts

PH masih raih undi popular, namun tewas akibat sistem FPTP – Dr Hafidzah

KOTA BHARU – Pakatan Harapan (PH) masih mendapat sokongan besar rakyat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan 2026 apabila merekodkan 40.2 peratus undi popular, namun gagal mempertahankan pentadbiran negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
30 calon PRN Negeri Sembilan hilang wang deposit

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 calon hilang wang deposit selepas gagal memperoleh sekurang-kurangnya satu perlapan daripada keseluruhan jumlah undi yang dikira, pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16. Bersatu…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Kementerian Pertahanan kaji naik taraf insentif Palapes

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

Dunia pertahanan kini perlu kepakaran baharu termasuk AI – Khaled

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

TH mahu beroperasi ikut piawaian institusi kewangan profesional

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

Ahli politik dilarang sertai Lembaga Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

AMK mahu Madinah perjelas isu sapina RCI Tabung Haji

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014

Amaran risiko kecairan BNM tidak diendahkan TH sejak 2014