Aminuddin sedia gempur kubu BN di Linggi

PORT DICKSON – Calon Pakatan Harapan (PH), di Dewan Undangan Negeri (DUN) Linggi, Datuk Seri Aminuddin Harun mengakui bakal berdepan cabaran sukar di kerusi berkenaan walaupun atas status sebagai Menteri Besar dan Ahli Parlimen Port Dickson.

Pengerusi PH Negeri Sembilan berkata, jentera PH akan bekerja dalam memastikan kemenangan gabungan itu di Linggi yang merupakan kubu kuat bagi Barisan Nasonal (BN)

“Bukan mudah, memang sukar, apabila berdepan di kubu lawan, bukan satu perkara yang senang buat saya, tetapi kita kena berusaha, saya harap jentera di bawah dapat membantu dan pengundi saya harap dapat buat keputusan yang bijak.

“Setiap pertembungan itu berbeza, lawan dua atau tiga tetapi apabila berada di kubu orang bukan mudah, saya hanya melaksanakan amanah yang diberikan parti,” katanya ketika ditemui media selepas proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson, pada Sabtu.

Aminuddin akan menghadapi tiga penjuru iaitu penyandang, Datuk Mohd. Faizal Ramli dari BN dan calon Bersatu, Datuk Zamri Md Yunus.

Sementara itu, Mohd. Faizal berkata, berbanding semasa PRN yang lalu, cabaran kali ini tentu berbeza apabila Aminuddin sebagai Menteri Besar datang bertanding dan memberikan cabaran.

“Saya telah diberikan amanah dan tanggungjawab bagi mempertahankan kerusi BN di Linggi ini, saya akan terus bekerja dengan jentera parti bagi memastikan BN kekal di sini.

“Walaupun Linggi dikatakan kubu kuat BN namun ia bukanlah satu perkara mudah dan ia bukanlah satu kelebihan kerana setiap ruang yang ada ini akan digunakan sebaik mungkin untuk meraih undi,” katanya.

Pada PRN 2023 lalu, Mohd. Faizal menang menewaskan Zamri yang pada ketika itu mewakili Perikatan Nasional (PN) dengan 1,461 majoriti undi.

Related Posts

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

KUALA KLAWANG – Lebih banyak ruang diberikan kepada calon muka baharu oleh parti-parti politik sebagai sebahagian daripada usaha melakukan pembaharuan kepimpinan, tanpa mengetepikan peranan pemimpin berpengalaman yang terus menjadi sandaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nor Azman dekat di hati pengundi Sikamat menerusi pendekatan dakwah, khidmat masyarakat

SEREMBAN – Pendekatan dakwah serta penglibatan aktif dalam komuniti setempat menjadi antara faktor pengundi DUN Sikamat menyokong calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad, pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan