NTW 2026 dilancar buat julung kalinya di Sabah

SANDAKAN – National Training Week (NTW) 2026 membuka lembaran baharu apabila buat julung kalinya majlis pelancarannya diadakan di Sabah, sekali gus mengiktiraf peranan negeri itu dalam agenda pembangunan modal insan negara.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata, pemilihan Sandakan sebagai lokasi pelancaran bukan sekadar satu penghormatan kepada Sabah, malah membuktikan negeri itu memainkan peranan penting dalam usaha memperkasa kemahiran dan pembelajaran sepanjang hayat.

Menurut beliau, selepas empat tahun penganjurannya, inilah kali pertama NTW dilancarkan di Sabah dan berharap lebih banyak program berskala nasional akan dibawa ke negeri itu pada masa hadapan.

“Selama ini kebanyakan program berskala nasional berlangsung di Semenanjung.

“Hari ini Sandakan menjadi tumpuan negara dan diharapkan ia menjadi permulaan kepada lebih banyak program nasional diadakan di Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran NTW 2026 di Dewan Masyarakat Sandakan, di sini pada Sabtu.

Khairul Firdaus berkata, pembangunan sesebuah negara bukan hanya bergantung kepada sumber semula jadi atau pembangunan fizikal, sebaliknya kepada rakyat yang berilmu, berkemahiran dan sentiasa bersedia meningkatkan pengetahuan.

“Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) terus memberi penekanan kepada pembangunan modal insan menerusi penganjuran NTW.

Menurutnya, sehingga kini sebanyak 210 kursus percuma ditawarkan di seluruh Sabah sepanjang NTW, termasuk 80 kursus yang diadakan di Sandakan.

“Antara kursus yang ditawarkan termasuk keselamatan siber, fotografi, pengendalian dron, membaiki telefon bimbit, penyelenggaraan penghawa dingin, membaiki motosikal, pembangunan perniagaan baharu, pematuhan asas halal, perakaunan serta kraftangan.

“Daripada kemahiran digital hingga teknikal dan keusahawanan, NTW menawarkan sesuatu untuk semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua majikan, penyedia latihan dan rakan strategik yang bersama-sama menjayakan NTW dengan menyediakan kursus berkualiti mengikut keperluan industri.

Katanya, sehingga kini sebanyak 1,436 penyertaan direkodkan di seluruh Sabah dengan 713 penyertaan melibatkan peserta dari Sandakan, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan penyertaan di negeri itu.

Beliau berkata, peserta NTW di Sabah merangkumi pelbagai peringkat umur, daripada kanak-kanak berusia enam tahun yang mengikuti kursus mewarna hingga warga emas berusia 65 tahun yang menyertai kursus pembuatan kuih tradisional.

Pada majlis sama, Khairul Firdaus turut menyampaikan insentif kepada 149 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 dari Parlimen Batu Sapi hasil sumbangan HRD Corp dan Yayasan Bank Rakyat.

Beliau menggesa orang ramai memanfaatkan peluang mengikuti kursus percuma yang disediakan dengan mendaftar melalui portal rasmi NTW.

“Daftarlah, sertailah dan cubalah sesuatu yang baharu. Mungkin satu kursus yang hanya mengambil masa satu jam mampu membuka peluang pekerjaan yang lebih baik dan mengubah masa depan diri serta keluarga.

“Kursus ditawarkan secara fizikal, dalam talian dan hibrid bagi membolehkan lebih ramai rakyat menyertainya, selain tempoh pembelajaran yang singkat antara satu jam hingga dua hari,” ujarnya.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan

Kadar dadah SG4 jauh melebihi nasional, kerajaan negeri perlu bentang hasil pencegahan