Nazri sedia hadapi cabaran tiga penjuru, yakin PH mampu pertahan Ampangan

SEREMBAN – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ampangan, Datuk Muhammad Nazri Kassim, menyifatkan pertandingan tiga penjuru di kawasan berkenaan sebagai cabaran yang perlu dihadapi dengan kerja keras bagi meyakinkan pengundi.

Muhammad Nazri berkata, pihaknya mengambil maklum pertandingan berkenaan termasuk penyertaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan Datuk Dr Rafie Abd Malek mewakili Pas di bawah Perikatan Nasional (PH) yang pernah bersama PH.

“Namun perkara ini, dilihat sebagai cabaran untuk terus memperkukuh usaha mendekati pengundi.

“Kami melihat ini sebagai satu cabaran dan akan bekerja dengan lebih gigih bagi meyakinkan pengundi Ampangan bahawa PH menampilkan calon yang bersungguh-sungguh, berwibawa dan berkemampuan untuk mewakili suara rakyat serta menjaga kepentingan dan kebajikan mereka,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) selepas proses penamaan calon, hari ini.

Beliau berkata, gerak kerja pertama sebagai calon adalah bertemu seramai mungkin pengundi di setiap daerah mengundi dan lokaliti dalam DUN Ampangan sepanjang tempoh kempen berlangsung.

Nazri turut yakin jentera PH akan bekerja keras bagi memastikan perjalanan kempen berjalan lancar sepanjang tempoh dua minggu berkempen.

“Pilihan raya kali ini amat penting kerana bukan sahaja menentukan masa depan Negeri Sembilan, malah turut memberi kesan kepada masa depan negara. Oleh itu, semua pihak perlu mengambil serius proses pilihan raya ini dan melaksanakan tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Menurut beliau, PH akan menjalankan kempen secara positif dengan mengetengahkan rekod perkhidmatan kerajaan negeri sepanjang lapan tahun lalu, selain pencapaian dan usaha yang telah dilaksanakan di peringkat kawasan.

Beliau berkata, walaupun masih baru memegang amanah, pelbagai usaha telah dimulakan dan lebih banyak program kebajikan untuk rakyat diyakini dapat diteruskan pada masa akan datang.

Mengulas kepimpinan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, Nazri berkata beliau melihat pemimpin itu sebagai seorang yang mempunyai komitmen tinggi serta tidak pernah berbelah bahagi dalam berkhidmat kepada rakyat.

Katanya, pengalaman bekerja bersama Aminuddin menunjukkan beliau seorang pemimpin yang kuat bekerja, dengan jadual padat bermula awal pagi sehingga lewat malam demi menyelesaikan isu rakyat.

“Saya banyak belajar daripada Datuk Seri Aminuddin Harun serta barisan kepimpinan negeri mengenai erti kesungguhan, komitmen dan disiplin dalam bekerja.

“Walaupun ada keputusan yang pada awalnya mungkin menimbulkan persoalan, akhirnya banyak keputusan beliau terbukti tepat, adil dan memberi manfaat kepada organisasi, agensi serta jabatan kerajaan negeri,” katanya.

Kerusi DUN Ampangan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ampangan, Rafie Abd Malek, Muhammad Nazri (PH-PKR) dan Noor’azah Harun (Bersatu) pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16) Negeri Sembilan.

Rafie sebelum ini mewakili DUN Ampangan pada penggal 2018 hingga 2023 di bawah PH-PKR, namun digugurkan sebagai calon pada PRN ke-15 dan bertanding sebagai calon bebas.

Related Posts

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

KUALA KLAWANG – Lebih banyak ruang diberikan kepada calon muka baharu oleh parti-parti politik sebagai sebahagian daripada usaha melakukan pembaharuan kepimpinan, tanpa mengetepikan peranan pemimpin berpengalaman yang terus menjadi sandaran…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Nor Azman dekat di hati pengundi Sikamat menerusi pendekatan dakwah, khidmat masyarakat

SEREMBAN – Pendekatan dakwah serta penglibatan aktif dalam komuniti setempat menjadi antara faktor pengundi DUN Sikamat menyokong calon Pakatan Harapan (PH), Nor Azman Mohamad, pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN16)…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Hadis Sahih al-Bukhari benteng ajaran sesat, fahaman ekstrem

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Sabah perkasa pelbagai inisiatif tangani kes remaja bawah umur

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Kerajaan teliti penambahbaikan subsidi diesel Sabah, Sarawak

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Anwar lancar avatar AI, mahu rakyat kongsi aspirasi secara terus di WhatsApp

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Parti pertaruh gabungan pengalaman, muka baharu di PRN Negeri Sembilan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan

Kerajaan lulus kuota diesel 300 liter sebulan untuk syarikat kecil, kontraktor tempatan