Kane masih kecewa England gagal ke final

KAPTEN England, Harry Kane akhirnya ‘membuka mulut’ selepas kegagalan skuad The Three Lions mara ke pentas final Piala Dunia selepas tewas kepada Argentina pada aksi separuh akhir.

England yang terlebih dahulu mendahului 1-0 dilihat berada di landasan terbaik untuk melangkah ke final, namun gagal mempertahankan kelebihan apabila kembali mengamalkan corak permainan bertahan sehingga membuka ruang buat Argentina bangkit.

Lionel Messi muncul watak utama apabila mencipta dua bantuan gol untuk memastikan kemenangan pasukannya.

Menerusi hantaran di Instagram, Kane mengakui kegagalan itu meninggalkan kesan mendalam buat dirinya dan seluruh pasukan.

“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan kosong yang kami rasakan ketika ini.

“Kami begitu hampir untuk mara ke satu lagi final, namun ia masih belum mencukupi.

“Kami sudah memberikan segala-galanya sepanjang tujuh minggu ini dan kegagalan itu amat sukar diterima,” katanya.

Penyerang Bayern Munich itu turut mengakui harapan penyokong terhadap England sentiasa tinggi berdasarkan prestasi konsisten pasukan sejak lapan tahun lalu.

“Jangkaan terhadap kami memang tinggi dan ia sesuatu yang wajar. Selama lapan tahun kami sentiasa menghampiri kejayaan, tetapi masih gagal melengkapkan kepingan terakhir untuk muncul juara.”

Sejak Kane mengambil alih lilitan kapten, England berjaya mara ke dua separuh akhir Piala Dunia, satu suku akhir Piala Dunia serta dua final Kejohanan Eropah (Euro), namun masih belum berjaya menamatkan kemarau kejuaraan.

Menurut Kane, kegagalan kali ini perlu dijadikan pengajaran untuk membolehkan pasukan bangkit dengan lebih kuat.

Related Posts

Gol Martinez bawa Argentina ke final

ARGENTINA bangkit daripada ketinggalan sebelum menewaskan England 2-1 pada aksi separuh akhir Piala Dunia 2026 di Stadium Atlanta, awal pagi tadi, sekali gus mengesahkan tempat ke final. Lautaro Martinez muncul…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sepanyol ke final, kalahkan Perancis 2-0

SEPANYOL mengejutkan Perancis 2-0 untuk mara ke final Piala Dunia 2026 awal pagi tadi menerusi persembahan taktikal cemerlang yang memusnahkan impian Les Bleus memburu gelaran dunia kali ketiga. Gol sepakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Bakal guru perlu semai perpaduan demi kebaikan generasi akan datang – Fadhlina

Bakal guru perlu semai perpaduan demi kebaikan generasi akan datang – Fadhlina

Tuanku Muhriz, Aminuddin tunai solat Jumaat bersama rakyat, cerminan hubungan erat istana-kerajaan negeri

Tuanku Muhriz, Aminuddin tunai solat Jumaat bersama rakyat, cerminan hubungan erat istana-kerajaan negeri

Pelajar terjatuh di sekolah tidak cedera serius, kini stabil

Pelajar terjatuh di sekolah tidak cedera serius, kini stabil

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Pempengaruh media sosial didakwa rogol remaja berdepan hukuman penjara, sebat

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

Enggan berubah, budaya rasuah cabaran terbesar reformasi negara – Anwar

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan

DAP tidak akan bergerak solo, perlukan gabungan