Kane masih kecewa England gagal ke final

KAPTEN England, Harry Kane akhirnya ‘membuka mulut’ selepas kegagalan skuad The Three Lions mara ke pentas final Piala Dunia selepas tewas kepada Argentina pada aksi separuh akhir.

England yang terlebih dahulu mendahului 1-0 dilihat berada di landasan terbaik untuk melangkah ke final, namun gagal mempertahankan kelebihan apabila kembali mengamalkan corak permainan bertahan sehingga membuka ruang buat Argentina bangkit.

Lionel Messi muncul watak utama apabila mencipta dua bantuan gol untuk memastikan kemenangan pasukannya.

Menerusi hantaran di Instagram, Kane mengakui kegagalan itu meninggalkan kesan mendalam buat dirinya dan seluruh pasukan.

“Tiada kata-kata yang mampu menggambarkan perasaan kosong yang kami rasakan ketika ini.

“Kami begitu hampir untuk mara ke satu lagi final, namun ia masih belum mencukupi.

“Kami sudah memberikan segala-galanya sepanjang tujuh minggu ini dan kegagalan itu amat sukar diterima,” katanya.

Penyerang Bayern Munich itu turut mengakui harapan penyokong terhadap England sentiasa tinggi berdasarkan prestasi konsisten pasukan sejak lapan tahun lalu.

“Jangkaan terhadap kami memang tinggi dan ia sesuatu yang wajar. Selama lapan tahun kami sentiasa menghampiri kejayaan, tetapi masih gagal melengkapkan kepingan terakhir untuk muncul juara.”

Sejak Kane mengambil alih lilitan kapten, England berjaya mara ke dua separuh akhir Piala Dunia, satu suku akhir Piala Dunia serta dua final Kejohanan Eropah (Euro), namun masih belum berjaya menamatkan kemarau kejuaraan.

Menurut Kane, kegagalan kali ini perlu dijadikan pengajaran untuk membolehkan pasukan bangkit dengan lebih kuat.

Related Posts

United buka kempen Liga Juara-Juara, tewaskan juara Azerbaijan 4-0

MANCHESTER United meraikan kepulangan ke Liga Juara-Juara Eropah selepas tiga musim dengan kemenangan 4-0 ke atas juara Azerbaijan, Sabah. Matheus Cunha, Bruno Fernandes, Benjamin Sesko dan Lisandro Martinez menjaringkan gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Chelsea pamer karakter pemusnah, kalahkan Leeds 6-3

CHELSEA bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk menewaskan Leeds 6-3 dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga di Stamford Bridge, awal pagi tadi. Skuad bimbingan Xabi Alonso hampir tersingkir selepas gol…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

UMNO masih rasa ‘abang besar’, walau politik sudah berubah

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Program JIWA@Komuniti di Saeh perhebat semangat patriotisme dan penyaluran maklumat sahih

Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

  • By Aden
  • September 12, 2026
Cameron Highlans dilanda banjir kilat, lumpur, pendaki maut

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

‘Slayyy, semoga anak didik belajar dari guru’ – Anwar

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

MA63 bukan isu wilayah, tetapi sejarah Malaysia

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi

UUM, Kerajaan Sarawak rintis kerjasama strategik bidang komunikasi