KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

Oleh: Hanapi Jusoh

SEJAK isu pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dalam eFishery menjadi perhatian, ada pihak yang terus menuding jari kepada Perdana Menteri (PMX).

Tetapi persoalannya, adakah tuduhan itu benar-benar berasaskan fakta, atau sekadar sentimen politik.

KWAP ialah sebuah dana pencen profesional yang menguruskan wang persaraan penjawat awam.

Setiap pelaburan tidak diputuskan oleh Perdana Menteri, sebaliknya melalui proses tadbir urus yang melibatkan pasukan pelaburan, jawatankuasa pelaburan dan lembaga p engarah atau ahli perbadanan (mengikut had kuasa).  Mereka inilah yang membuat penilaian, ‘due diligence’ dan keputusan pelaburan.

Proses pelaburan bukan berlaku dalam sehari. Pelaburan institusi bernilai ratusan juta ringgit biasanya mengambil masa berbulan-bulan, malah ada yang melebihi setahun.

Jika benar proses penilaian eFishery bermula sebelum PMX menjadi Perdana Menteri, ia menunjukkan pelaburan tersebut telah melalui beberapa fasa merentasi pentadbiran.

Maka, menyalahkan seseorang hanya kerana beliau menjadi Perdana Menteri ketika pelaburan dimuktamadkan adalah satu kesimpulan yang terlalu mudah.

Pertukaran PM tidak bermaksud semua pembuat keputusan bertukar. Ramai tidak sedar bahawa pegawai pelaburan kekal berkhidmat, ahli jawatankuasa pelaburan mempunyai tempoh lantikan dan ahli lembaga juga tidak bertukar serentak setiap kali kerajaan bertukar.

Jadi, struktur institusi lazimnya kekal walaupun Perdana Menteri berubah. Siapa yang patut dipersoalkan?

Jika rakyat mahukan akauntabiliti, fokus sepatutnya kepada, adakah ‘due diligence’ dilakukan dengan sempurna? Siapa yang meluluskan pelaburan? Adakah terdapat kecuaian? Adakah pengurusan eFishery memperdaya pelabur dengan maklumat palsu? Inilah persoalan yang perlu dijawab melalui siasatan.

Adakah PMX boleh dipersalahkan?

Setakat ini, tiada bukti awam yang menunjukkan PMX mengarahkan KWAP melabur, campur tangan dalam proses penilaian, memaksa jawatankuasa pelaburan meluluskan pelaburan dan mengetepikan prosedur KWAP.

Tanpa bukti sedemikian, adalah tidak tepat untuk menyimpulkan bahawa beliau bertanggungjawab secara langsung.

Rakyat memang berhak bertanya mengapa hampir RM200 juta dilaburkan dan bagaimana keputusan itu dibuat.

Tetapi dalam negara yang menghormati prinsip tadbir urus dan kedaulatan undang-undang, kita mesti menyalahkan pihak yang benar-benar bersalah iaitu yang membuat keputusan berdasarkan bukti, bukannya menyalahkan seseorang hanya kerana beliau memegang jawatan Perdana Menteri.

Jika siasatan membuktikan wujud penipuan oleh pengurusan eFishery, mereka mesti dipertanggungjawabkan.

Jika siasatan membuktikan terdapat kecuaian atau salah laku dalam KWAP, pegawai atau pihak yang meluluskan pelaburan juga mesti bertanggungjawab.

Namun sehingga hari ini, menyalahkan PMX tanpa bukti hanyalah satu dakwaan politik, bukannya satu kesimpulan yang disokong oleh fakta.

Kita pertahankan fakta, bukan sentimen. Kita tegakkan akauntabiliti, bukan tuduhan tanpa bukti.

*Penulis adalah bekas setiausaha kanan kepada Exco Kerajaan Selangor*

Related Posts

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai petunjuk berlakunya penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menafikan dakwaan wujudnya ‘gelombang hijau’ yang berterusan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Elakkan daripada mencampakkan diri dalam kebinasaan

RAMAI yang menyangka perkataan ‘kebinasaan’ hanya merujuk kepada kecederaan fizikal atau malapetaka alam. Namun, hakikatnya, ancaman paling besar dan paling dekat dengan manusia hari ini adalah kebinasaan rohani akibat kelalaian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

KWAP rugi RM200 juta, siapa sebenarnya meluluskan pelaburan?

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Sidang Dewan Rakyat berakhir, fokus beralih ke pelaksanaan 13 RUU baharu

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Kita mulakan Negeri Sembilan begitu baik dan usaha ini tidak harus ditinggalkan – Anwar

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya

Dua keluarga tarik nafas lega rumah siap dibaiki sepenuhnya