PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai petunjuk berlakunya penolakan dalam kalangan pengundi Melayu terhadap Pas dan Perikatan Nasional (PN), sekali gus menafikan dakwaan wujudnya ‘gelombang hijau’ yang berterusan.

Pemerhati politik, Raggie Jessy Rithaudeen berkata, keputusan PRN Johor menunjukkan sokongan terhadap Pas semakin merosot, termasuk di kerusi yang ditandingi parti itu.

Beliau berkata, kemenangan besar Barisan Nasional (BN) tidak hanya berpunca daripada sokongan pengundi bukan Melayu, malah turut dipengaruhi peralihan undi Melayu yang sebelum ini menyokong Pas dan PN.

“Keputusan PRN Johor membuktikan dakwaan mengenai gelombang hijau tidak lagi mencerminkan realiti politik semasa.

“Berlaku peralihan sokongan pengundi Melayu daripada Pas kepada BN dan keadaan itu dapat dilihat di beberapa kawasan yang ditandingi PAS,” katanya menerusi siaran langsung di Facebook, hari ini.

Menurutnya, antara contoh yang boleh diperhatikan ialah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani apabila Pas mencatatkan penurunan sokongan berbanding PRN Johor 2022, manakala BN meningkatkan jumlah undi dan merampas kerusi berkenaan.

Katanya, perkembangan itu menunjukkan perubahan corak sokongan pengundi Melayu, selain menjadi isyarat bahawa Pas perlu menilai semula pendekatan politiknya.

Mengulas prospek menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan pada 1 Ogos depan, Raggie menjangkakan isu berkaitan kaum, agama dan identiti akan terus dimainkan sepanjang tempoh berkempen.

Beliau bagaimanapun berkata, keputusan di Johor tidak semestinya akan berulang sepenuhnya di Negeri Sembilan kerana landskap politik kedua-dua negeri mempunyai perbezaan.

Dalam perkembangan sama, beliau turut berpandangan kemenangan BN di Johor berkemungkinan meningkatkan desakan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan lebih awal, meskipun keputusan itu bergantung kepada pertimbangan kerajaan dan perkembangan politik semasa.

Pada PRN Johor, BN berjaya membentuk kerajaan negeri selepas memperoleh majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala Pas gagal memenangi sebarang kerusi yang ditandinginya.

Keputusan itu turut menyaksikan Pakatan Harapan (PH) kehilangan beberapa kerusi kepada BN.

Related Posts

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

IPOH – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming mengelak menjawab secara langsung soalan berhubung pendiriannya terhadap janji untuk meletakkan jawatan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

REKOD pentadbiran Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun, dilihat mampu menjadi antara faktor penting yang membantu Pakatan Harapan (PH) mempertahankan negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

Elak jawab isu janji letak jawatan, Nga Kor Ming tegas fokus bantu rakyat

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

PRN Johor bukti penolakan terhadap Pas – Pemerhati politik

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

YANIS perkasa saringan awal murid prasekolah JAIS

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Argentina tempah slot separuh akhir, kalahkan Switzerland 3-1

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Prestasi Aminuddin jadi sandaran PH hadapi PRN Negeri Sembilan – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis

Anwar hantar isyarat politik matang, komited bantu Johor – Penganalisis