Polis kesan lelaki bantu siasatan langgar syarat OPP

SANDAKAN – Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kes melanggar syarat Orang Pengawasan Polis (OPP).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, polis memaklumkan individu yang dikehendaki ialah Mohammad Aliman Abdullah, beralamat di Kampung (Kg) Tongod, Lamag, Kinabatangan.

Menurut kenyataan itu, lelaki berkenaan dikehendaki bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 15(4) Akta Pencegahan Jenayah 1959 kerana disyaki melanggar syarat yang ditetapkan sebagai OPP.

Kes berkenaan dirujuk menerusi laporan polis Sandakan/007655/26.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lokasi atau keberadaan individu terbabit diminta menghubungi IPD Sandakan di talian 089-212222 atau Hotline 089-242222.

Maklumat juga boleh disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Sandakan di 019-2182060 atau terus menghubungi pegawai penyiasat, SJN Charles Saimon di talian 013-8793260.

Orang ramai turut boleh menyalurkan maklumat di mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Related Posts

‘Kita Jaga Sabah’ seruan perkukuh kerjasama Warisan, KDM dan STAR

KOTA KINABALU – “Ayuh Sabahan! Kita bangun bersama, bersatu berpadu. Kita jaga Sabah!” menjadi seruan kepada pimpinan dan ahli Warisan, Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) serta STAR untuk memperkukuh kesatuan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Kawalan keselamatan lapangan terbang akan diperkasa, diperketat

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Laporan awal kes Mohd Shuhaily dihantar ke AGC

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Seksyen 302 bukan kesalahan kecil, pelajar perlu fahami implikasi undang-undang

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Kerajaan pertimbang larangan parti politik terima dana asing

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Keselamatan murid lebih penting daripada imej sekolah – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM

Isu UNHCR perlu diselesaikan melalui rundingan dengan PBB – PM