190 prospek penjara dipindahkan ke Limbang menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0

MIRI – Seramai 190 prospek dari Penjara Pusat Miri dipindahkan ke Penjara Pusat Limbang melalui laluan laut menerusi Ops Jerjak Samudera 2.0 dengan kawalan keselamatan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), pada Khamis.

Pengarah Maritim Zon Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar Saad berkata, operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh kawalan keselamatan bagi pemindahan prospek penjara yang melibatkan kerjasama beberapa agensi penguat kuasa.

Menurut beliau, konvoi pemindahan yang diketuai Timbalan Pengarah Keselamatan dan Ketenteraman Penjara, Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Haji Mohd Nasir Yusof berlepas dari Jeti Ibu Pejabat Maritim Zon Miri pada jam 3.15 pagi.

Bagi memastikan perjalanan berjalan lancar, Maritim Malaysia mengatur penugasan beberapa aset laut termasuk KM Tegas, Bot Kilat 41, Bot Kilat 42 serta Bot Petir 10, manakala Pasukan Polis Marin turut membantu melalui penglibatan Bot RH66.

Mohd Khairol berkata, perancangan operasi yang rapi serta koordinasi bersepadu antara agensi memastikan pemindahan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) dengan kawalan keselamatan yang menyeluruh sepanjang pelayaran.

“Kerjasama strategik antara Maritim Malaysia, Jabatan Penjara Malaysia dan Pasukan Polis Marin membolehkan operasi ini dilaksanakan dengan cekap, selain meningkatkan keupayaan pengurusan keselamatan bagi operasi yang melibatkan laluan laut,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Maritim Malaysia akan terus memperkukuh tahap kesiapsiagaan aset dan anggotanya bagi menyokong operasi keselamatan negara, di samping memastikan keselamatan, keamanan dan kedaulatan perairan negara terus terpelihara.

Related Posts

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

TAWAU – Empat blok rumah kongsi melibatkan 20 pintu dan sebuah rumah kediaman jenis tidak kekal musnah dalam kebakaran berhampiran Taman Gemilang Sin Onn, Jalan Sin Onn, di sini, pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

MUKAH – Seorang buruh warga tempatan ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di tepi Jalan Kubu, di sini pada Isnin. Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan oleh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

Segerakan intervensi sekolah selamat, bukan polemik atau medan tuduh-menuduh

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

PN semakin berserabut, Pas perlu jawab keupayaan pimpin gabungan

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Tahanan Myanmar melalui saringan ketat sebelum dihantar pulang – KDN

Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

  • By Fatin
  • October 6, 2026
Empat blok 20 pintu, sebuah rumah musnah dijilat api

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Buruh positif dadah ditahan di tepi Jalan Kubu

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong

Baru seminggu jadi ejen judi dalam talian, wanita ditahan di Kabong