461 penduduk pedalaman di Telang Usan sertai Program Kursus Bantuan Lesen Memandu Motosikal

LONG LAMA – Seramai 461 peserta yang sebahagian besarnya daripada komuniti Penan di seluruh kawasan Telang Usan telah menyertai Kursus Bantuan Lesen Memandu dan Ujian Bertulis anjuran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN Telang Usan yang berlangsung di Pekan Long Lama pada Ahad.

Program julung kali diadakan di Telang Usan itu bertujuan membantu penduduk, khususnya golongan berpendapatan rendah di kawasan pedalaman, memperoleh lesen memandu yang sah di samping meningkatkan pengetahuan mengenai undang-undang jalan raya, etika pemanduan dan aspek keselamatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan, Datuk Dennis Ngau berkata, kesungguhan peserta yang hadir mencerminkan keinginan tinggi masyarakat pedalaman untuk mendapatkan lesen memandu secara sah walaupun berdepan pelbagai cabaran perjalanan.

“Ramai peserta sanggup datang sehari lebih awal dan bermalam di kaki lima premis perniagaan di Long Lama semata-mata untuk memastikan mereka tidak terlepas peluang mengikuti kursus ini.

“Ada juga peserta yang menunggang motosikal selama dua hari meredah jalan balak dari kawasan pedalaman untuk tiba di lokasi program. Pengorbanan mereka amat menyentuh hati dan membuktikan betapa besarnya keperluan program seperti ini di Telang Usan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambahnya, Ketua Cawangan JPJ Miri sendiri turut terharu melihat semangat luar biasa yang ditunjukkan para peserta dan mengakui belum pernah menyaksikan komitmen sedemikian sepanjang mengendalikan program seumpamanya.

Dennis menambah, pelaksanaan program berkenaan selari dengan usaha berterusan membawa pembangunan menyeluruh ke kawasan Telang Usan yang bukan sahaja tertumpu kepada infrastruktur, malah turut merangkumi aspek ekonomi, sosial dan pembangunan modal insan.

“Kita akan terus berusaha memastikan masyarakat pedalaman tidak tercicir daripada menikmati peluang dan kemudahan yang sama seperti dinikmati penduduk di kawasan bandar.

“Program seperti ini memberi manfaat besar kerana bukan sahaja membantu penduduk memiliki lesen memandu yang sah, malah meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan jalan raya walaupun mereka menggunakan motosikal sebagai pengangkutan utama di laluan balak dan kawasan pedalaman,” ujarnya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada JPJ Cawangan Miri, semua agensi terlibat serta para peserta yang menjayakan penganjuran program berkenaan.

Foto: Facebook Datuk Dennis Ngau

Related Posts

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

MELAKA – Pakatan Harapan (PH) Melaka mengesahkan keputusan lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) gabungan itu menarik diri daripada pentadbiran Kerajaan Negeri susulan pendirian menolak pindaan Enakmen Perlembagaan Negeri Melaka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

IPOH – Kerajaan Perpaduan yang diterajui Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Perak akan terus kekal sehingga Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, meskipun timbul spekulasi susulan perkembangan politik…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Lima ADUN PH sah keluar Kerajaan Negeri Melaka, Ahli Majlis dan JPKK turut berundur

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Bersatu mahu ‘mufarakah’ daripada PN – Annuar

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Kerajaan Perpaduan Perak kekal utuh hingga DUN dibubar – Saarani

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Program Perumahan Rakyat bukti komitmen kerajaan sedia kediaman selesa buat golongan sasar

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

Polis trafik dipenjara 4 bulan terima rasuah guna akaun isteri

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam

MCMC wajibkan kandungan berbahaya disekat dalam tempoh 24 jam