Elia Nadira bawa agenda pendidikan masa depan, seru belia Tenang kuasai AI jana pendapatan

TENANG- Calon Pakatan Harapan (PH) bagi N.05 DUN Tenang, Elia Nadira Sabudin tampil mengetengahkan agenda pembangunan modal insan berteraskan pendidikan, teknologi dan ekonomi digital sebagai antara tawaran utama kepada rakyat, khususnya golongan belia di kawasan tersebut.

Menurutnya, pendidikan pada hari ini tidak lagi boleh dilihat dalam skop yang sempit dengan hanya memberi tumpuan kepada anak-anak yang masih berada di bangku sekolah. Sebaliknya, peluang pembelajaran sepanjang hayat perlu diperluaskan kepada semua lapisan masyarakat agar mereka mampu menyesuaikan diri dengan perubahan dunia yang semakin dipacu teknologi.

Beliau berkata, penguasaan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) perlu diperkukuhkan bagi melahirkan generasi yang lebih berdaya saing, kreatif dan bersedia menghadapi cabaran Revolusi Industri 4.0 serta ekonomi digital.

Elia turut memberi penekanan kepada kepentingan Kecerdasan Buatan (AI) yang kini membuka peluang pendapatan baharu kepada golongan muda.

“Anak-anak muda hari ini perlu melihat AI sebagai peluang, bukan ancaman. Dengan penguasaan AI, seseorang boleh menjana pendapatan walaupun hanya bekerja dari rumah. Hari ini ramai yang memperoleh pendapatan melalui kerja-kerja seperti reka bentuk grafik, penulisan kandungan, penyuntingan digital dan pelbagai perkhidmatan berasaskan AI tanpa perlu keluar dari rumah,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berjanji untuk memperjuangkan pelaksanaan pelbagai program pembangunan bakat, latihan kemahiran dan kursus penguasaan AI di DUN Tenang bagi memastikan lebih ramai anak muda memiliki kemahiran yang diperlukan oleh industri masa depan.

Selain AI, Elia turut mahu memperluaskan pendedahan terhadap bidang robotik dalam kalangan generasi muda sebagai persediaan menghadapi dunia pekerjaan yang semakin bergantung kepada automasi dan teknologi pintar.

Beliau berkata, usaha melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi selari dengan komitmen Kerajaan MADANI yang terus memberi perhatian kepada pembangunan belia, termasuk menyuntik dana sebanyak RM500 juta bagi memperkasa golongan muda melalui pelbagai inisiatif pembangunan bakat, keusahawanan dan latihan kemahiran.

“Jika kita mahu melihat Tenang terus maju, kita perlu melabur kepada ilmu, kemahiran dan teknologi. Saya mahu anak-anak muda di Tenang bukan sahaja menjadi pencari kerja, tetapi menjadi pencipta peluang pekerjaan dan usahawan digital yang mampu bersaing di peringkat global,” katanya.

Menurut beliau, pelaburan dalam pendidikan, STEM, AI dan robotik bukan sekadar memenuhi keperluan semasa, malah menjadi asas penting dalam membina masa depan ekonomi yang lebih mampan dan berpendapatan tinggi untuk generasi akan datang.

Related Posts

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

BATU PAHAT – Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar akan mengangkat segera aduan nelayan Orang Asli persisir pantai berhubung dakwaan pencerobohan bot pukat tunda di Dewan Undangan Negeri (DUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

BATU PAHAT – Kesesakan trafik menuju ke selatan yang mula tular di media sosial sejak petang tadi disifatkan petanda positif peningkatan kesedaran rakyat Johor untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya