Pusat khidmat PH jadi tumpuan penduduk Johor Jaya, berbanding MCA yang sering ditutup

JOHOR BAHRU – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya, Lee Wern Yiing, menerima aduan ramai penduduk di kawasan itu memilih mendapatkan khidmat di pusat khidmat PH kerana pejabat MCA berhampiran didakwa jarang beroperasi.

Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk lebih selesa mengemukakan aduan berkaitan isu tempatan, termasuk masalah infrastruktur, kebajikan dan permohonan bantuan kepada pasukannya.

“Pejabat kami terletak sebaris dengan pejabat MCA. Ramai penduduk datang ke pejabat kami dan memberitahu pejabat mereka selalunya tidak dibuka.

“Apabila mereka melalui kawasan itu, mereka boleh melihat sendiri pejabat kami sentiasa beroperasi dan menerima kehadiran penduduk, manakala pejabat berkenaan pula sering tidak dibuka.

“Pelbagai aduan diterima, termasuk berkaitan infrastruktur, permohonan bantuan dan isu-isu tempatan. Sudah lapan tahun saya menguruskan perkara seperti ini,” katanya ketika ditemui pada program kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Wern Yiing, 30, yang berkelulusan dalam bidang Sains Politik, berkata, pengalaman selama lapan tahun sebagai pegawai khas kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung, memberinya pendedahan luas dalam menyelesaikan pelbagai isu rakyat di peringkat akar umbi.

Beliau berkata, sepanjang tempoh itu, beliau turut membantu Cai Tung ketika bekas ADUN berkenaan memegang portfolio Pelancongan, Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam kerajaan negeri, selain mengendalikan pelbagai urusan di pusat khidmat DUN Johor Jaya.

“Saya sudah berada di Johor Jaya sejak 2018. Ramai penduduk mengenali saya dan kami sudah membina hubungan yang baik.

“Di kawasan ini juga ramai warga emas. Mereka melihat saya seperti anak sendiri. Setiap kali mereka datang berjumpa, saya akan menerangkan cara untuk menyelesaikan masalah dan membantu mereka menguruskan permohonan yang diperlukan,” katanya.

Mengulas mengenai kempen, Wern Yiing yang juga merupakan Ketua Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) Johor itu, mengakui cabaran terbesar ketika ini ialah memastikan peratusan keluar mengundi berada pada tahap tinggi memandangkan hari pengundian berlangsung pada Sabtu.

Beliau berkata, pengundi yang bekerja di luar Johor atau di Singapura perlu pulang bagi menunaikan tanggungjawab kerana kadar keluar mengundi bakal menjadi faktor penting yang menentukan keputusan pilihan raya.”Saya menyeru semua pengundi yang bekerja di luar negeri atau di Singapura supaya pulang mengundi kerana peratusan keluar mengundi akan menentukan keputusan pilihan raya.

“Sepanjang tempoh berkempen, saya menerima sambutan yang sangat baik daripada penduduk. Walaupun ini kali pertama saya bertanding, saya sudah lama berkhidmat di kawasan ini dan mengenali masyarakat setempat,” katanya.

Pada PRN Johor kali ini, kerusi DUN Johor Jaya menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Lee Wern Ying mewakili Pakatan Harapan (PH), Chan San San (Barisan Nasional), Tee Han Liang (Parti Rakyat Malaysia) dan calon Bebas, Lee Ting Wei.

Related Posts

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

BATU PAHAT – Ahli Parlimen Batu Pahat, Onn Abu Bakar akan mengangkat segera aduan nelayan Orang Asli persisir pantai berhubung dakwaan pencerobohan bot pukat tunda di Dewan Undangan Negeri (DUN)…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

BATU PAHAT – Kesesakan trafik menuju ke selatan yang mula tular di media sosial sejak petang tadi disifatkan petanda positif peningkatan kesedaran rakyat Johor untuk pulang menunaikan tanggungjawab mengundi pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Onn pandang serius isu pencerobohan bot pukat tunda, tindakan segera akan diambil

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

Trafik sesak ke Johor isyarat rakyat serius tunaikan tanggungjawab pulang mengundi

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

11.59 malam ini tamat tempoh berkempen PRN Johor – SPR

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

SPR perkemas persiapan akhir hadapi hari pengundian esok

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

Kerajaan MADANI utamakan kebajikan rakyat, bukan persepsi politik – Mat Sabu

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya

EAIC syor KDN, JPN semak semula proses naturalisasi pemain Harimau Malaya