BMI ramal ringgit cecah RM4.00 berbanding dolar hujung tahun ini

PUTRAJAYA – BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions, menyemak naik unjuran ringgit bagi akhir 2024 kepada RM4.00 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) daripada RM4.55 sebelum ini.

Perkembangan itu turut memaparkan prestasi cemerlang ringgit dalam suku ketiga 2024.

BMI berkata, dalam tempoh jangka pertengahan, ia kekal positif terhadap ringgit susulan perbezaan hasil yang mengecil dengan Amerika Syarikat (AS) selain prospek pertumbuhan yang agak berdaya tahan, sekali gus menyuntik petanda baik untuk unit tempatan berkenaan.

“Risiko terhadap unjuran kami adalah kelemahan ringgit dengan sebahagian besarnya bergantung kepada trajektori kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) dan pertumbuhan China,” katanya dalam nota penyelidikannya hari ini.

Menyentuh prospek jangka pendek selama enam bulan, BMI berkata, ringgit terbukti dapat menyanggah trend penyusutan ketaranya sejak awal 2024 untuk naik 12.1 peratus pada suku ketiga 2024, sekali gus menjadikannya mata wang pasaran sedang pesat membangun dengan prestasi terbaik rantau ini.

Sejajar dengan prestasi yang lebih kukuh daripada jangkaan dalam suku ketiga 2024, BMI bertindak menyemak naik unjurannya pada purata RM4.35 berbanding dolar AS daripada RM4.55, sebelum ini.

Ringgit juga secara teknikalnya mencecah paras rintangan aliran pelbagai tahun pada paras RM4.20 bagi setiap dolar AS pada 23 September, 2024.

“Kami melihat skop ringgit untuk mencecah paras rintangan seterusnya pada RM4.00/dolar AS menjelang akhir 2024, walaupun indeks kekukuhan relatif yang dilihat terlebih jualan masih berlaku dan boleh menjurus kepada penyusutan nilai dalam tempoh singkat.

“Unjuran kami juga lebih realistik daripada Bloomberg yang mengunjurkan RM4.30,” kata BMI.

Dalam pada itu, ia juga menjangkakan perbezaan kadar faedah antara AS dan Malaysia akan mengecil dengan lebih cenderung memihak ringgit.

BMI sebelum ini menjangkakan Fed untuk memulakan kitaran lebih mereda pada pengurangan sebanyak 25 mata asas pada mesyuarat September.

Bagaimanapun, Fed memutuskan pengurangan sebanyak 50 mata asas yang menurunkan kadar faedah itu kepada 5.00 peratus.

“Kami berpendapat Fed akan meneruskan kitaran penurunan itu dalam bulan-bulan mendatang, termasuk mengurangkan 75 mata asas pada suku keempat 2024 berbanding 50 mata asas sebelum ini.

“Ini menunjukkan bahawa perbezaan hasil lebih kecil itu akan menyokong ringgit, terutamanya jika unjuran Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan OPR pada 3.00 peratus pada akhir 2024 terbukti benar,” katanya.

Related Posts

Sektor swasta pemacu utama Ekonomi MADANI – PM

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penglibatan aktif sektor swasta dan golongan usahawan amat penting dalam menjayakan Ekonomi MADANI supaya pertumbuhan ekonomi negara lebih bermakna, mampan serta dapat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bantuan MADANI bukan sekadar subsidi, ia pemangkin inovasi dan kelestarian pertanian – Dr Norhelmi

KUCHING – Pengumuman Kerajaan MADANI berhubung penyaluran bantuan tambahan yang dijadualkan bermula 21 April 2026 nyata memberi nafas baharu kepada ratusan ribu penggiat sektor pertanian negara. Lebih daripada sekadar angka,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM