Kestabilan politik negara jadi pengukuh nilai ringgit

NILAI ringgit pernah mencecah angka terburuk dalam sejarah dengan paras penurunan sehingga 4.88 pada 1988 yang berpunca daripada kemuncak Krisis Kewangan Asia, malah selepas 26 tahun, ringgit kembali menjunam ke paras terendah pada Februari lalu, dengan 4.795 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Tanpa disangka, keadaan ringgit yang jatuh menjunam kembali menyinar serta terus mengekalkan momentum mengukuh berbanding dolar AS, minggu ini dengan mencecah paras RM4.12 setakat tengah hari Rabu, sekaligus mencapai paras tertinggi sejak Jun 2021.

Prestasi terbaik nilai ringgit sepanjang akhir September ini sekaligus memecahkan kemarau penurunan nilai matawang negara sepanjang 34 bulan, justeru, beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca kepada pengukuhan nilai ringgit sejak kebelakangan ini.

Pertama, kadar faedah dipotong sebanyak 50 mata asas lebih tinggi daripada jangkaan awal,menyebabkan sentimen positif di pasaran global manakala, pembaharuan fiskal seperti subsidi diesel bersasar turut menyakinkan pelabur terhadap komitmen Kerajaan Perpaduan dalam mengurangkan nilai defisit.

Kepimpinan politik yang stabil di bawah pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyumbang yang mana ia telah berjaya mengurangkan kebimbangan pelabur terhadap risiko ketidakstabilan negara sekaligus menjana aliran masuk pelaburan asing yang menyumbang kepada peningkatan permintaan ringgit.

Selain itu, ringgit terus melonjak apabila pelan ekonomi utama Malaysia seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 menggalakkan kemasukan modal dalam syarikat tempatan, disokong pula dengan lonjakan aktiviti eksport serta pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Turut menyumbang kepada pengukuhan nilai ringgit, apabila Bank Negara Malaysia menggalakkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan untuk membawa pulang hasil pelaburan luar negara.

Sumbangan ini dapat dinilai dengan melihat kepada aliran masuk dana asing, mula naik mendadak dengan nilai hampir RM2.5 bilion ke dalam bon Malaysia dan RM1.2 bilion ke dalam ekuiti tempatan sejak jun 2024.

Malah perbezaan kadar faedah yang semakin menyempit di antara Malaysia dan Amerika Syarikat juga telah mengukuhkan ringgit, serta penilaian yang menarik terhadap aset malaysia membantu mengekalkan aliran masuk modal.

Related Posts

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

KUANTAN – “Setiap satu sen perbelanjaan yang kita buat ini diiktiraf dan diluluskan Bahagian Kewangan Perbendaharaan Negeri dan dipersetujui oleh Akauntan Negara,” demikian jelas Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

LAHAD DATU – Masalah bekalan air sejak sekian lama yang dihadapi penduduk Kampung (Kg) Ulu Segama, di sini, akhirnya mendapat perhatian slepas 80 unit tangki biru disalurkan PKR Cabang Lahad…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

Tuan Ibrahim perlu semak fakta sebelum timbulkan isu kewangan negeri – MB Pahang

80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

  • By Fatin
  • December 8, 2025
80 tangki biru diagih, bantu penduduk terjejas masalah air

DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

  • By Ynom
  • December 8, 2025
DAP Sabah hormati keputusan PRN17 Sabah, terus rangka hala tuju masa depan parti

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Tun M didakwa alih isu RM40b dengan dakwaan ART

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Task force SWCorp Perlis rekod 1,258 tan sisa banjir

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang

Trump dakwa berjaya tamatkan 8 perang