Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha memastikan tiada golongan layak tercicir daripada menerima bantuan, di samping mengelakkan ketirisan kepada mereka yang tidak layak sebagai persediaan menghadapi status negara menua menjelang 2040.

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, cabaran yang bakal dihadapi bukan sekadar menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan, tetapi memastikan agihan dilakukan secara lebih tepat dan bersasar.

Menurut beliau, agenda negara menua turut memerlukan kesinambungan dasar ekonomi dan fiskal serta penyelarasan pelaksanaan Rangka Tindakan Penuaan Kebangsaan (NAB) bagi menjamin kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang.

“Kita membangunkan dasar untuk menguruskan cabaran negara menua kerana Malaysia sudah pun memasuki fasa tersebut. Berdasarkan unjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia dijangka menjadi negara tua seawal 2043.

“Dalam tempoh ini, pelbagai perkara perlu diselaraskan supaya apabila tiba masanya, kesejahteraan dan kualiti hidup rakyat terus dapat dipelihara,” katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan RSN Rayer (PH-Jelutong) mengenai langkah kerajaan memastikan bantuan Persekutuan disalurkan secara lebih berkesan kepada rakyat.

Menjawab soalan asal, Akmal berkata Malaysia telah mencapai status negara menua sejak 2021 apabila penduduk berusia 65 tahun ke atas melebihi tujuh peratus daripada keseluruhan populasi berdasarkan data Jabatan Perangkaan Malaysia.

Beliau berkata, peratusan itu dijangka meningkat kepada 10.4 peratus menjelang 2035 berikutan penurunan kadar kesuburan keseluruhan (TFR) daripada 1.67 kepada 1.60.

Sehubungan itu, katanya, Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) mengarusperdanakan agenda negara menua menerusi lima teras utama NAB iaitu ekonomi makro dan fiskal, pekerjaan dan kemahiran, perlindungan sosial, kesihatan sepanjang hayat serta penjagaan jangka panjang.

Kerajaan juga akan memperkukuh dasar warga emas melalui penekanan terhadap penuaan aktif, sihat dan bermaruah, termasuk memperluas sokongan keluarga dan komuniti, meningkatkan literasi digital, pembelajaran sepanjang hayat serta memperkasa sistem penjagaan berasaskan komuniti dan perlindungan sosial.

Related Posts

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

KUALA LUMPUR – Isu berkaitan agama, raja dan kaum (3R), selain tindakan penguatkuasaan terhadap media serta kerangka perundangan negara, dikenal pasti antara faktor yang menyumbang kepada kemerosotan kedudukan Malaysia dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak bercadang menghubungi rakan sejawatnya dari Singapura, Lawrence Wong, bagi meminta kelonggaran khas kepada rakyat Malaysia yang bekerja di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

JAS kenal pasti punca pembakaran haram dalam ladang di Padang Serai

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

MMM jadi mekanisme semakan sebelum tindakan terhadap wartawan – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan semak dakwaan kerugian pengusaha stesen minyak – PM

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

Kerajaan perkukuh bantuan, elak golongan layak tercicir hadapi negara menua

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

PM mahu kelulusan pinjaman usahawan dipercepatkan

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media

Anwar: Isu 3R, tindakan terhadap media antara faktor Malaysia jatuh dalam indeks kebebasan media