Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

KUCHING – Seramai 62 peserta sayap Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyertai Program Cakna Demokrasi Petra Jaya bagi memperkukuh kefahaman kepemimpinan pada Sabtu lalu.

Peserta yang mewakili PBB Cawangan N6 Tupong, N7 Samariang, N8 Satok dan N10 Pending itu didedahkan dengan pelbagai modul berkaitan demokrasi, sejarah perjuangan serta pemerkasaan peranan generasi muda.

Selain silibus kepimpinan tradisional menerusi modul Jejak Perjuangan dan Jambatan Generasi, program di Pusat Inovasi Warisan Kreatif SMA itu turut menyelitkan pendedahan berhubung penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) serta literasi digital.

Majlis penutupan program berkenaan disempurnakan oleh Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri, Ir  Irwan Zulkarnain Datuk Muhammad Hasbie.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ahli Majlis Kerja Tertinggi PBB Sarawak, Sulhie Salleh serta Presiden Perintis Kepimpinan Sarawak, Adzim Adzmi Abdul Rahman.

Penganjuran program sedemikian diharap dapat melahirkan lebih ramai belia yang berpengetahuan, berintegriti dan celik digital, sekali gus bersedia memikul tanggungjawab sebagai pemimpin masa hadapan demi kemajuan negeri dan negara.

Related Posts

Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memulakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) siri ketiga bermula Khamis hingga 5 September bagi mengatasi penyusutan takungan air serta mengurangkan kesan jerebu. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

KOTA KINABALU – Pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) terhadap peningkatan tahap keselamatan Sabah dijangka memberi suntikan besar kepada keyakinan pelancong antarabangsa untuk berkunjung ke negeri itu, khususnya menjelang pelaksanaan Visit Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan deposit keutamaan Tabung Haji, keuntungan hanya diumum selepas audit

Keselamatan deposit keutamaan Tabung Haji, keuntungan hanya diumum selepas audit

Lebih profesional, tiada lagi ahli politik aktif dalam pengurusan Tabung Haji

Lebih profesional, tiada lagi ahli politik aktif dalam pengurusan Tabung Haji

Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR