MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertindak merobohkan struktur binaan berserta tapak pelupusan sampah haram di kawasan rizab jalan Estet Perindustrian Eastwood pada Selasa.

MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan tersebut diambil berikutan kedegilan penghuni struktur terbabit yang gagal mematuhi notis pengosongan dan arahan roboh sukarela yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurut majlis tersebut, pencerobohan di rizab jalan yang dikhaskan untuk kegunaan awam itu merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan.

“Aktiviti pembinaan dan pembuangan sisa tanpa kebenaran seperti ini bukan sahaja menghalang kelancaran sistem perparitan, malah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar serta mengundang risiko terhadap kesihatan awam.

“Oleh itu, bagi mengelakkan kawasan ini terus diceroboh, MBM telah meletakkan beberapa blok pembetung konkrit di laluan masuk untuk menghalang akses kenderaan berat,” menurut kenyataan itu.

Tegas MBM, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dalam usaha memastikan Miri kekal mampan dan bersih.

Justeru, tindakan kompaun dan pendakwaan mahkamah akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati masih berdegil melanggar undang-undang.

Sehubungan itu, orang awam digesa untuk terus menyalurkan aduan berserta maklumat lengkap kepada pihak MBM sekiranya mengesan sebarang aktiviti pembuangan sampah secara haram di kawasan mereka.

Foto: Facebook Majlis Bandaraya Miri

Related Posts

Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

KUCHING – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak memulakan Operasi Pembenihan Awan (OPA) siri ketiga bermula Khamis hingga 5 September bagi mengatasi penyusutan takungan air serta mengurangkan kesan jerebu. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AS akui Sabah lebih selamat, keyakinan pelancong dijangka melonjak

KOTA KINABALU – Pengiktirafan Amerika Syarikat (AS) terhadap peningkatan tahap keselamatan Sabah dijangka memberi suntikan besar kepada keyakinan pelancong antarabangsa untuk berkunjung ke negeri itu, khususnya menjelang pelaksanaan Visit Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keselamatan deposit keutamaan Tabung Haji, keuntungan hanya diumum selepas audit

Keselamatan deposit keutamaan Tabung Haji, keuntungan hanya diumum selepas audit

Lebih profesional, tiada lagi ahli politik aktif dalam pengurusan Tabung Haji

Lebih profesional, tiada lagi ahli politik aktif dalam pengurusan Tabung Haji

Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

Operasi pembenihan awan siri ketiga sasar tiga empangan utama

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Budaya jadikan RCI Tabung Haji ‘kambing hitam’ harus ditegah

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Isu peruntukan: SUA KKDW wajar semak fakta, KSP lebih arif – Tunku Nashrul

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR

Ringgit dibuka tinggi menjelang pengumuman OPR