MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MIRI – Majlis Bandaraya Miri (MBM) bertindak merobohkan struktur binaan berserta tapak pelupusan sampah haram di kawasan rizab jalan Estet Perindustrian Eastwood pada Selasa.

MBM dalam satu kenyataan memaklumkan, tindakan penguatkuasaan tersebut diambil berikutan kedegilan penghuni struktur terbabit yang gagal mematuhi notis pengosongan dan arahan roboh sukarela yang dikeluarkan sebelum ini.

Menurut majlis tersebut, pencerobohan di rizab jalan yang dikhaskan untuk kegunaan awam itu merupakan satu kesalahan di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa tempatan.

“Aktiviti pembinaan dan pembuangan sisa tanpa kebenaran seperti ini bukan sahaja menghalang kelancaran sistem perparitan, malah menyumbang kepada pencemaran alam sekitar serta mengundang risiko terhadap kesihatan awam.

“Oleh itu, bagi mengelakkan kawasan ini terus diceroboh, MBM telah meletakkan beberapa blok pembetung konkrit di laluan masuk untuk menghalang akses kenderaan berat,” menurut kenyataan itu.

Tegas MBM, pihaknya sama sekali tidak akan berkompromi dalam usaha memastikan Miri kekal mampan dan bersih.

Justeru, tindakan kompaun dan pendakwaan mahkamah akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati masih berdegil melanggar undang-undang.

Sehubungan itu, orang awam digesa untuk terus menyalurkan aduan berserta maklumat lengkap kepada pihak MBM sekiranya mengesan sebarang aktiviti pembuangan sampah secara haram di kawasan mereka.

Foto: Facebook Majlis Bandaraya Miri

Related Posts

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

KUCHING – Seramai 62 peserta sayap Pergerakan Belia Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) menyertai Program Cakna Demokrasi Petra Jaya bagi memperkukuh kefahaman kepemimpinan pada Sabtu lalu. Peserta yang mewakili PBB…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

KAJANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang kemudian melarikan diri ketika mangsa sedang mengalihkan baldi amaran di Kilometer (KM) 13.1 Lebuhraya Cheras-Kajang, malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

Program Cakna Demokrasi Petra Jaya perkasa kepimpinan 62 belia PBB

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

PRN Johor: Anwar harap majikan Singapura beri pelepasan pekerja Malaysia pulang mengundi

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

MBM roboh struktur dan bersihkan tapak sampah haram di Eastwood

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

70 tahun FELDA bentuk generasi peneroka berjiwa kental

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi

Pengundian awal di IPD Johor Bahru Utara capai 33 peratus setakat 10 pagi