Polis cari pemandu MPV langgar maut lelaki di bahu jalan

KAJANG – Seorang lelaki maut selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang kemudian melarikan diri ketika mangsa sedang mengalihkan baldi amaran di Kilometer (KM) 13.1 Lebuhraya Cheras-Kajang, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 46 tahun yang memandu sebuah Toyota Innova bersama lima penumpang berhenti di bahu jalan untuk menukar tayar yang pancit.

“Selepas selesai menukar tayar, mangsa berjalan ke bahagian belakang kenderaannya untuk mengalihkan baldi yang diletakkan sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya lain.

“Ketika mangsa sedang mengalihkan baldi tersebut, sebuah MPV Toyota Innova berwarna merah datang lalu melanggarnya sebelum terus meninggalkan lokasi tanpa berhenti,” katanya dalam satu kenyataan.

Akibat pelanggaran itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Naazron berkata, polis kini sedang mengesan pemandu MPV terbabit yang dipercayai melarikan diri selepas kemalangan berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan insiden itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Nur Faezah Mohd Zakria di talian 012-326 8496 bagi membantu siasatan.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu secara berhemah, mematuhi undang-undang jalan raya dan lebih berhati-hati terutama ketika melalui kawasan kenderaan yang berhenti di bahu jalan.

Related Posts

Sarawak ambil maklum cadangan nama baharu kawasan DUN

KUCHING – Kerajaan Sarawak mengambil maklum berhubung cadangan nama kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) baharu yang dikemukakan oleh SPR menerusi proses pameran awam pada Khamis. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak mohon operasi pembenihan awan dilanjut bagi tingkatkan simpanan air

KUCHING – Sarawak memohon agar Operasi Pembenihan Awan dilanjutkan sehingga 7 September ini bagi meningkatkan simpanan air negeri menjelang kemungkinan cuaca panas pada Oktober kelak. Inisiatif bersepadu tersebut menumpukan tiga…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak ambil maklum cadangan nama baharu kawasan DUN

Sarawak ambil maklum cadangan nama baharu kawasan DUN

Sarawak mohon operasi pembenihan awan dilanjut bagi tingkatkan simpanan air

Sarawak mohon operasi pembenihan awan dilanjut bagi tingkatkan simpanan air

Amerika Syarikat akui Sabah selamat, pelancong digalak datang ke Sabah

Amerika Syarikat akui Sabah selamat, pelancong digalak datang ke Sabah

Cadangan RCI sudah dilaksana 76 peratus oleh Tabung Haji

Cadangan RCI sudah dilaksana 76 peratus oleh Tabung Haji

Pindaan Akta Tabung Haji capai 90 peratus, aspek kawal selia masih diperhalusi

Pindaan Akta Tabung Haji capai 90 peratus, aspek kawal selia masih diperhalusi

Tabung Haji: Abdul Rashid sangkal dakwaan Madinah, RCI sudah beri ruang

Tabung Haji: Abdul Rashid sangkal dakwaan Madinah, RCI sudah beri ruang