FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan FELDA menyelesaikan isu berkaitan peneroka khususnya membabitkan perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah.

Perdana Menteri berkata, badan kemajuan itu perlu berusaha menyelesaikan setiap masalah yang masih membelenggu peneroka dengan segera dan cermat.

“FELDA perlu melipatgandakan usaha menyelesaikan segala isu yang sekian lama membelenggu warga peneroka, khususnya terkait perumahan generasi kedua dan pemilikan tanah.

“Isu-isu ini tidak boleh terus dibiarkan berlarutan dan saya mahukan tindakan segera yang berpaksikan kepentingan warga FELDA, dengan setiap permasalahan diteliti secara cermat dan disusuli pelan penyelesaian yang jelas,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, kerajaan akan terus memperkukuh FELDA serta memastikan setiap ikhtiar yang dilaksanakan benar-benar memberi manfaat kepada peneroka dan keluarga mereka.

Semalam, Anwar memberi jaminan untuk menyelesaikan isu penyediaan tapak perumahan bagi generasi kedua FELDA, yang berlarutan sejak sekian lama.

Beliau berkata, pelaksanaannya bagaimanapun memerlukan kerjasama kerajaan negeri, memandangkan urusan tanah serta penyediaan prasarana asas berada di bawah bidang kuasa negeri.

“Keputusan dasar kita adalah untuk cari penyelesaian supaya ada pembelaan, jaminan tapak tanah bagi generasi kedua FELDA. Itu dasar.

“Saya sudah beritahu saya mahu masalah-masalah yang dibangkitkan berpuluh tahun oleh generasi kedua ini diselesaikan sementara saya jadi Perdana Menteri dan menteri yang bertanggungjawab dalam soal FELDA,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program bertemu masyarakat di Dataran Putra FELDA Palong Timur dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Buloh Kasap, semalam.

Related Posts

FELCRA agih untung interim 1 2026 RM126.9 juta

MARAN – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 1 Tahun 2026 FELCRA Bhd berjumlah RM126.9 juta. Ahmad Zahid berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tanggungjawab bangun kawasan luar bandar tugas rentas Kementerian

MARAN – Usaha membangunkan kawasan luar bandar tidak boleh hanya membabitkan aspek infrastruktur dan bantuan, sebaliknya perlu dilihat secara menyeluruh sepertimana dilakar melalui Agenda Ekonomi Desa Nasional. Timbalan Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

BN jangan jadikan program jelajah TVET bahan kempen politik – Alan

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

Wanita lakukan kekerasan terhadap Sultan Perak didenda RM500

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

FELDA disaran selesai isu lapuk dihadapi peneroka

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Lelaki ditahan bersama dadah, simpan objek menyerupai pistol dan 208 peluru hidup

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Wujud perbuatan ‘salam kaut’ tengah laut, periuk nasi nelayan persisir pantai terjejas

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan

Pengalaman tidak dipeduli MIC, Rajagopal ubah sokongan kepada Pakatan Harapan