Norway hantar Brazil balik hasil 2 gol Haaland

ERLING Haaland muncul wira Norway apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya mencipta kejutan menewaskan Brazil 2-1 pada aksi pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026, sekali gus mengesahkan tempat ke suku akhir.

Penyerang Manchester City itu membuka tirai jaringan menerusi tandukan pada minit ke-79 sebelum melengkapkan kemenangan Norway dengan gol kedua pada minit ke-90 dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MetLife, awal pagi tadi.

Kemenangan itu bukan sahaja membawa Norway ke kelompok lapan pasukan terbaik kejohanan, malah menamatkan impian Brazil untuk memburu kejuaraan Piala Dunia yang keenam.

Brazil sebelum itu berusaha bangkit selepas ketinggalan, namun pertahanan Norway yang tersusun berjaya mengekang setiap asakan lawan sebelum Haaland memastikan kemenangan mutlak pasukannya menerusi jaringan lewat permainan.

Related Posts

Musketeers Football perkukuh ekosistem bola sepak akar umbi melalui inovasi

SANDAKAN – Musketeers Football memperluas pembangunan bola sepak akar umbi menerusi penerokaan produk, teknologi, pendidikan dan peluang kerjaya dalam industri sukan. Presidennya, Hardy Pudar berkata, penyertaan dalam SCENIC Sabah Creatixé…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPM FC juara Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah

YPM FC muncul juara edisi sulung Liga Rakyat Pahang 1st Piala Al-Sultan Abdullah selepas menewaskan Majlis Daerah Raub (MDR) 2-1 pada aksi final di Stadium Darul Makmur, di sini malam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Lembaga Pengampunan: Pas perlu faham peraturan, bukan keruhkan keadaan – PM Anwar

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

Prosiding Lembaga Pengampunan sulit, tak wajar dipersoalkan – Tajuddin

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

PM Anwar tegas pilih kestabilan, bukan polemik politik

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

BRICS wadah perjuang sistem antarabangsa lebih adil – PM Anwar

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Sambutan Hari Malaysia 2026: Fahmi jamin capaian internet optimum untuk media

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan

Malaysia-Keralam bincang peluang tingkat perdagangan, pelaburan