‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

BATU PAHAT – Impian yang disimpan sejak 1998 untuk bertemu Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjadi kenyataan buat seorang warga emas yang mengakui mengalirkan air mata sebaik sahaja bersua bersama pemimpin itu pada program sarapan bersama Perdana Menteri di Kedai Kopi Hailam Sri Medan, pada Ahad.

Siti Anipah Kasbolah, 78, berkata, khabar mengenai kehadiran Anwar sahaja sudah cukup membuatkan hatinya sayu, malah dia tidak menyangka impiannya untuk bertemu pemimpin nombor satu negara itu akhirnya menjadi kenyataan.

Menurutnya, walaupun usia semakin lanjut dan terpaksa berjalan menggunakan tongkat akibat sakit lutut, keadaan itu langsung tidak mematahkan semangatnya untuk hadir ke program berkenaan bersama anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU), menjadi antara pemangkin semangat dalam melakukan pertemuan bersama Pengerusi Pakatan Harapan (PH).

“Bila dengar dia nak datang, mak cik dah mengalir air mata, sebab memang nak sangat jumpa Anwar Ibrahim. Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, diizinkan untuk mak cik dapat berjumpa dan sempat bercakap dengan beliau. Tak sangka pula tak perlu lama menunggu.

“Hati mak cik keras, tetap nak jumpa dia hari ini (pada Ahad) walaupun mak cik sekarang berjalan dengan tongkat. Mak cik terlalu bersemangat, ditambah pula dengan ajakan anak mak cik yang tiada kaki, cepat-cepat mak cik nak datang kedai jumpa Anwar,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) di Kedai Kopi Hailam.

Mengulas kepimpinan Anwar, Siti Anipah berpandangan Perdana Menteri itu memiliki pendekatan yang lebih dekat dengan rakyat kerana sanggup turun padang bertemu masyarakat dan tidak sombong untuk turun ke pendalaman serta menikmati juadah yang dihidangkan oleh warung-warung kecil milik orang kampung.

Dia berkata, pelbagai bantuan yang diterimanya sejak pentadbiran Kerajaan MADANI, termasuk Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), banyak membantu meringankan beban hidupnya sebagai warga emas.

“Macam-macam mak cik dapat sejak Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, dia sendiri pun tak ambil gaji selain sangat prihatin kebajikan rakyat. Terima kasih banyak Anwar, mak cik sentiasa doakan Anwar dipanjangkan umur.

“Malah, pendekatan Anwar yang sangat rajin bukan sahaja di luar negara, malah menjelajah ke satu Malaysia untuk bertemu rakyat. Kita boleh lihat ketika pilihan raya ini pun, dia merendah diri pergi ke kampung-kampung.

“Beza dengan Perdana Menteri dahulu, mak cik tengok dekat televisyen, sambil berjalan (berkempen) sorok (tangan dalam) poket. Kalau Anwar Ibrahim, dia tiada sikap perbezaan antara orang besar dan orang kampung. Dia tidak kisah makan minum di gerai-gerai kecil. Allahu, alangkah baiknya sikap pemimpin seperti itu, tidak sama yang dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Siti Anipah berkata, berdasarkan pengalamannya hidup dalam masyarakat berbilang kaum, dia menolak pendekatan politik yang terlalu menekankan sentimen satu kaum semata-mata.

Menurutnya, pendekatan “membela satu kaum sahaja” seperti yang diangkat UMNO tidak wajar menjadi sentimen mana-mana parti politik kerana Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa dan ia boleh menimbulkan ketegangan jika tidak ditangani dengan baik.

“Mak cik orang susah dulu. Mak cik besarkan tiga orang anak dengan kerja kilang. Orang Cina yang bagi peluang kerja kepada mak cik, bantu mak cik sampai dapat sekolahkan anak-anak, ada rumah dan tanah sendiri. Sebab itu mak cik percaya kita mesti hidup saling membantu tanpa mengira bangsa.

“UMNO ini dia kata konon konon dia bela, sokong Melayu namun malaysia kan pelbagai bangsa kalau nak Melayu sahaja nanti gaduh Melayu Cina India. Jadi, Anwar ibrahim cara dia bagus dalam menjaga keharmonian.

“Bagi mak cik, Anwar Ibrahim seorang pemimpin yang bijaksana kerana sentiasa mengajak rakyat hidup bersatu padu dan mak cik akan terus mendoakan beliau dipanjangkan umur serta diberikan kesihatan untuk terus berkhidmat kepada rakyat,” katanya.

Anak jati Batu Pahat itu menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang lebih ikhlas dan dekat dengan rakyat berbanding pengalaman yang dilaluinya sebelum ini selain tidak mengutamakan kepentingan diri untuk kekayaan peribadi

“Keikhlasan Anwar berbeza dengan Perdana Menteri dahulu yang tidak endahkan rakyat, dia merebut kuasa untuk diri sendiri, pangkat sendiri tapi untuk orang ramai tiada, makin duit rakyat dia ambilnya.

“Tapi bila Anwar jadi Perdana Menteri, sangat baik kepada rakyat, sentiasa membela rakyat tapi masih ada lagi yang fitnah dia, pergi ke luar negara makan anginlah, guna duit kerajaan walhal itu semua tidak dilakukan. Apa yang dilaksanakan keutamaan beliau adalah untuk rakyat,” katanya.

Related Posts

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

BUKIT MERTAJAM – Malaysia terus diiktiraf pada peringkat antarabangsa sebagai antara negara Islam contoh dalam pengurusan hal ehwal Islam hasil kejayaan pelbagai institusi dan dasar yang dibangunkan secara tersusun, kata…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

KUKUP – Jentera kempen Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kukup mengesan beberapa bahan kempen parti itu dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab di sekitar Serkat pada pagi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

Malaysia terus jadi negara Islam contoh

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

‘Dengan izin Allah, akhirnya dapat jumpa Anwar’, mak cik Anipah menangis impian tercapai

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Bahan kempen PH DUN Kukup dirosakkan, tindakan vandalisme dikesali

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Sindiket tipu warga emas guna tawaran bantuan kebajikan tumpas, tiga beranak ditahan

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

Kerajaan utamakan rakyat dalam subsidi bahan api, industri pelancongan terus diperkukuh – Amir Hamzah

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor

DANA Pantas dibuka Ogos ini, RM20 juta bantu 2,000 PMKS Selangor