Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

BUKIT MASAI – Calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tiram, Nor Zulaila Abd Ghani mengecam perbuatan khianat atau politik kotor sesetengah pihak terhadapnya pada Sabtu.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR Johor berkata, tindakan itu melibatkan dua ‘billboard’ (papan iklan) miliknya telah dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Nor Zulaila memaklumkan, beliau bersama pasukan kempennya mengesan kejadian itu pagi tadi membabitkan dua papan iklan yang terletak di hadapan Lotus di tepi jalan utama serta di hadapan Petronas, Jalan Nenas Utama.

“Kedua-dua papan iklan itu diconteng pada bahagian wajahnya dengan huruf “S” yang besar dan dipercayai dilakukan secara sengaja. Perbuatan itu tidak beretika serta wajar dikecam kerana mencemarkan semangat demokrasi sepanjang tempoh berkempen.

“Sudah tentu saya berasa kesal dan kecewa dengan insiden ini, namun saya menyeru semua pihak supaya berkempen secara rasional, berhemah dan saling menghormati.

“Ini demi membina budaya politik yang sihat serta matang,” katanya dalam kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Beliau berkata, meskipun terdapat pihak memilih melakukan vandalisme terhadap bahan kempen, masih ramai yang mempertahankan nilai kesopanan dan saling menghormati.

Nor Zulaila turut mengingatkan pasukan kempennya serta dirinya sendiri supaya terus berpegang kepada prinsip politik yang matang.

“Politik yang matang perlu dibina berasaskan idea, dasar dan khidmat kepada rakyat, bukannya kebencian atau perbuatan merosakkan harta benda,” ujarnya.

“Kebencian tidak seharusnya dibalas dengan tindakan yang sama, sebaliknya perlu dijawab dengan maruah, adab dan integriti.

“Rakyat mengharapkan budaya politik yang beradab, berintegriti serta penuh hormat, bukannya kempen yang dipenuhi permusuhan dan perbuatan vandalisme,” katanya.

Related Posts

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keberanian untuk berdialog dan mempertahankan pandangan berasaskan fakta mencerminkan kematangan sesebuah masyarakat dalam mendepani perbezaan pendapat. Beliau berkata, budaya dialog…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa pengundi di Johor supaya membuat pilihan yang tepat dengan memilih barisan kepimpinan negeri yang berintegriti, berwibawa dan komited memperjuangkan kebajikan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Keberanian berdialog cerminan kematangan masyarakat – PM

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Anwar seru Bangsa Johor pilih kepimpinan berani, berprinsip

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Puad Zarkashi zahir sokongan terbuka kepada PM, Maszlee di Puteri Wangsa

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Maszlee mahu FELDA Ulu Tebrau keluar daripada bayangan kawasan pinggiran

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Suara kumpulan perhimpunan di Kota Kinabalu akan diteliti – Mustapha

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng

Papan iklan kempen Nor Zulaila diconteng