Maszlee pilihan tepat untuk DUN Puteri Wangsa – Syed Abu Hussin

JOHOR BAHRU – Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berpandangan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, Dr Maszlee Malik mempunyai pengalaman dan keupayaan untuk mewakili suara rakyat dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, bekas Menteri Pendidikan itu memiliki pengalaman luas dalam pentadbiran dan politik selain mempunyai kemampuan untuk memahami serta menyelesaikan pelbagai isu yang dihadapi rakyat.

“Dr Maszlee merupakan seorang calon yang berpengalaman dan mempunyai pemikiran yang baik dalam menangani pelbagai cabaran. Pengalaman yang dimilikinya boleh dimanfaatkan untuk membawa suara rakyat Puteri Wangsa ke peringkat yang lebih tinggi.

“Rakyat perlu melihat kepada kemampuan seseorang calon untuk berkhidmat dan menyelesaikan masalah, bukannya terpengaruh dengan isu-isu yang tidak memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Dialog Terbuka Belia Johor di Dewan Felda Ulu Tebrau.

Mengulas mengenai landskap politik Johor, Syed Abu Hussin berkata, pilihan raya merupakan medan terbaik untuk rakyat menentukan wakil yang mampu membawa aspirasi mereka dalam kerajaan.

Katanya, keputusan yang dibuat oleh pengundi akan menentukan hala tuju negeri selain mencerminkan kehendak rakyat terhadap corak kepimpinan yang diinginkan.

“Siapa yang akan mewakili rakyat adalah hak mutlak pengundi. Mereka berhak menentukan sama ada mahu mengekalkan keadaan sedia ada atau memilih perubahan menerusi proses demokrasi.

“Yang penting ialah pembentukan kerajaan yang stabil dan mampu memberi manfaat kepada rakyat tanpa mengira kaum serta latar belakang,” katanya.

Beliau turut mengingatkan semua pihak supaya memberi tumpuan kepada isu-isu yang dekat dengan rakyat seperti pendidikan, ekonomi dan kebajikan masyarakat berbanding memainkan polemik politik yang tidak memberi kesan kepada kehidupan harian rakyat.

Pada masa sama, Syed Abu Hussin menyeru pengundi supaya menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian bagi memastikan suara mereka diterjemahkan melalui proses demokrasi.

Related Posts

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek mengarahkan Jemaah Nazir, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) menyelesaikan siasatan dalaman berhubung pemergian seorang pelajar di…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Jangan berdiam diri, masyarakat perlu peka lindungi mangsa keganasan rumah tangga – Nancy Shukri

KUCHING – Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri menyeru seluruh lapisan masyarakat agar bersikap peka dan berani melaporkan sebarang insiden keganasan rumah tangga yang berlaku di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Jangan salahkan DAP untuk halalkan kesalahan pemimpin Melayu – Ibrahim Ali

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Pendekatan mesra pelabur, persekitaran kondusif dorong Google pilih Selangor

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Fadhlina arah siasatan dalaman segera, isu buli dan perkauman dipandang serius

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Projek bina semula bangunan daif siap 310 hari lebih awal

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Hantar sampel darah guna dron lebih jimat masa

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu

Capaian internet, masa skrin jadi cabaran utama PdPR musim jerebu