Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

MUAR – Kempen secara bersemuka dengan menyantuni penduduk dari rumah ke rumah masih menjadi keutaman calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Naning, Md Ysahrudin Kusni bagi mendengar sendiri keperluan dan permasalahan masyarakat setempat.

Menurut beliau, pendekatan tersebut membolehkan beliau bertemu pelbagai lapisan masyarakat dengan tujuan memahami isu yang dihadapi penduduk di kawasan itu selain dapat mendekati seramai mungkin pengundi dalam tempoh berkempen.

“Tiada jalan yang terlalu jauh, tiada pintu yang terlalu sukar untuk diketuk apabila niatnya adalah berkhidmat kepada rakyat. Sesi ziarah bukan sekadar meraih sokongan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, sebaliknya menjadi ruang untuk memahami denyut nadi rakyat secara langsung.

“Saya bersama pasukan turun menyantuni penduduk, menziarahi warga emas, mendengar sendiri keluhan usahawan dan menyelami denyut nadi masyarakat di setiap pelusuk Bukit Naning,” katanya menerusi kenyataan kepada The Malaysia Press (TMP), pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Md Ysahrudin berkata, kempen yang dijalankan perlu menjadi platform mendengar pandangan rakyat serta mencari penyelesaian kepada isu yang dibangkitkan.

“Kami juga sudah masuk ke kawasan pendalaman. Saya fikir di kawasan pendalaman pun mereka masih mengenali saya sebagai ADUN kawasan sebelum ini.

“Bagi saya, kempen bukan sekadar meraih undi. Ia adalah peluang untuk mendengar, memahami dan mencari jalan penyelesaian pada setiap permasalahan yang dihadapi rakyat. Saya turut berjanji akan memikul amanah dengan penuh keikhlasan sekiranya diberikan kepercayaan oleh pengundi,” katanya.

Dalam pada itu, Md Ysahrudin menyakini gabungan itu mempunyai kelebihan untuk merampas kerusi berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor berdasarkan sambutan yang diterima sepanjang tempoh berkempen.

“Syukur sokongan daripada masyarakat di kawasan pinggir bandar kepada PH semakin baik.

“Kami juga sudah masuk ke kawasan pendalaman dalam beberapa hari ini dan telah menyantuni lebih kurang 45 peratus pengundi. Saya fikir di kawasan pendalaman pun mereka masih mengenali saya sebagai ADUN kawasan sebelum ini,” katanya

Sehubungan itu, beliau menggesa pengundi yang berada di luar kawasan supaya pulang menunaikan tanggungjawab bagi memastikan proses demokrasi berlangsung dengan lebih baik.

“Faktor peratusan keluar mengundi akan menjadi penentu penting pada pilihan raya kali ini. Saya minta semua pengundi yang berada di luar supaya pulang mengundi. Kita mahu lebih ramai keluar mengundi supaya pentas demokrasi ini lebih subur,” katanya.

Mengulas mengenai parti lawan, beliau berkata, fokusnya ketika ini adalah bekerja keras bagi memastikan kemenangan PH dan enggan mengulas mengenai pergolakan atau isu membabitkan parti lain.

“Saya beberapa hari ini pergi ke kawasan dan bekerja bersungguh-sungguh untuk memenangkan PH. Soal parti lawan saya tidak mahu komen, saya mahu teruskan usaha sehingga hari pengundian,” katanya.

Related Posts

Tidak benar peruntukan Orang Asli dihentikan jika PH menang

CHENNAH – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke menyangkal dakwaan peruntukan terhadap masyarakat Orang Asli (OA) akan dihentikan sekiranya Pakatan Harapan (PH) terus diberikan mandat. Anthony yang juga calon Pakatan Harapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‘Terima kasih Pulai Sebatang’, Haniff Hosman hargai sokongan pengundi dan tekad terus berbakti

PONTIAN – Bekas calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Nageri (DUN) Pulai Sebatang, Haniff Hosman, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi yang telah menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu