Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

MIRI– Sarawak menyasarkan pewujudan antara 39,000 hingga 48,750 peluang pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang tahun 2030 bagi memenuhi keperluan industri teknologi yang semakin berkembang.

Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, sasaran itu akan disokong melalui pelbagai inisiatif pembangunan modal insan termasuk program peningkatan kemahiran, latihan semula dan pendidikan tinggi percuma untuk anak Sarawak.

“Sejak agenda ekonomi digital diperkenalkan pada 2018, seramai 540,000 rakyat Sarawak telah mengikuti program peningkatan kemahiran dan latihan semula bagi membolehkan mereka menyesuaikan diri dengan perkembangan teknologi.

“Teknologi sahaja tidak mampu mengubah masyarakat. Rakyat mesti mempunyai ilmu dan kemahiran supaya mereka dapat memanfaatkan sepenuhnya transformasi digital yang sedang kita laksanakan,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Smart City Command Centre Miri, pada Sabtu.

Beliau berkata, tahap literasi digital rakyat Sarawak kini semakin meningkat apabila masyarakat luar bandar juga mampu menggunakan aplikasi pembayaran tanpa tunai dalam urusan harian.

Dalam perkembangan sama, Abang Johari berkata Sarawak terus menjadi destinasi pilihan pelaburan industri berteknologi tinggi termasuk pengembangan operasi Western Digital, yang kini membangunkan kemudahan pengeluaran storan data berasaskan kaca di negeri ini.

Tambahnya, Sarawak turut membangunkan cip semikonduktor yang direka oleh anak Sarawak menerusi kemudahan penyelidikan di Cardiff, United Kingdom bagi kegunaan peralatan perubatan berteknologi tinggi berasaskan kecerdasan buatan.

“Teknologi semikonduktor dan kecerdasan buatan akan menjadi pemacu utama ekonomi masa depan. Sebab itu kita perlu menyediakan generasi muda dengan ilmu dan kemahiran supaya mereka mampu menguasai teknologi ini,” ujarnya.

Beliau optimis sekurang-kurangnya 70 peratus penduduk Sarawak akan menjadi masyarakat celik digital pada masa depan sekali gus memperkukuh kedudukan negeri itu sebagai hab ekonomi digital di rantau ini.

  • Related Posts

    Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

    KOTA KINABALU – Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57) mendesak agar kes siasatan dipercayai penyelewengan dana berjumlah RM1.5 bilion didakwa membabitkan bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dibuka…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

    MIRI – Bandaraya Miri terus mencipta sejarah apabila menjadi bandar pertama di Sarawak yang melaksanakan konsep Bandar Pintar Rendah Karbon menerusi pelancaran Pusat Kawalan Bandar Pintar Miri (Miri Smart City…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

    Elia Nadira seru politik matang, tolak main isu kaum demi masa depan Tenang

    Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

    Klopp sedia pikul tugas ketua jurulatih Jerman

    Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

    Buka semula dakwaan rasuah RM1.5 bilion Shafie Apdal – G57

    Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

    Ysahrudin utamakan santuni rakyat dari rumah ke rumah, dengar denyut nadi rakyat Bukit Naning

    Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

    Pandangan Marina tidak gugat kempen PH

    Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

    Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ