Kenyataan Nazifuddin boleh jejaskan keyakinan pengundi terhadap BN – Penganalisis

JOHOR BAHRU – Kenyataan anak kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nazifuddin Najib, yang mengaitkan isu pengampunan bapanya dengan kemenangan politik berpotensi menjejaskan tahap kepercayaan pengundi terhadap Barisan Nasional (BN)

Pengarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Mazlan Ali berkata, ia khususnya dalam kalangan pengundi kelas pertengahan dan masyarakat Cina pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ini

Menurutnya, kenyataan sedemikian boleh menimbulkan persepsi negatif kerana menyentuh isu integriti yang menjadi perhatian utama golongan berpendidikan serta mempunyai kedudukan sosial dan ekonomi yang lebih baik.

“Golongan M40, T20, masyarakat Melayu bandar dan masyarakat Cina sangat sensitif terhadap isu integriti. Apabila perkara berkaitan pengampunan dikaitkan dengan pilihan raya atau kemenangan politik, ia boleh mewujudkan persepsi negatif terhadap parti yang dikaitkan dengan kenyataan tersebut.

“Bagi kumpulan pengundi ini, proses hukuman dan pengampunan perlu dilihat sebagai perkara yang berjalan mengikut saluran perundangan serta peruntukan yang sah, bukannya dikaitkan dengan kepentingan politik,” katanya kepada The Malaysia Press (TMP) pada Sabtu. 

Beliau berkata, kes melibatkan Najib, termasuk kes SRC International Sdn Bhd, telah diputuskan oleh mahkamah dan menjadi pengetahuan umum, justeru sebarang kenyataan yang mengaitkan proses pengampunan dengan kemenangan politik boleh menimbulkan tanggapan kurang baik dalam kalangan pengundi tertentu

Terdahulu, Nazifuddin dilaporkan menyifatkan kemenangan BN dalam PRN Johor sebagai petunjuk bahawa rakyat masih menaruh kepercayaan dan sokongan kepada Najib, selain mengharapkan bekas Perdana Menteri itu memperoleh pengampunan diraja.

Menurut beliau, hak untuk memohon pengampunan merupakan hak setiap warganegara termasuk Najib, namun perkara itu seharusnya diserahkan kepada proses dan pertimbangan institusi yang berkenaan tanpa dijadikan bahan kempen politik.

“Apabila isu pengampunan dijadikan modal politik, masyarakat boleh melihatnya sebagai usaha untuk mendapatkan keuntungan politik tertentu. Persepsi seperti ini tidak membantu parti dan boleh menjejaskan keyakinan pengundi,” katanya.

Mengulas kesan terhadap BN, Mazlan berkata, kenyataan berkenaan berpotensi mengurangkan sokongan daripada kelompok pengundi yang menitikberatkan soal integriti dan tadbir urus.

“Jika masyarakat Cina dan pengundi Melayu kelas pertengahan tidak selesa dengan naratif yang dibawa, mereka mungkin memilih untuk tidak memberikan sokongan kepada parti yang dikaitkan dengannya.

“Dalam politik, persepsi memainkan peranan penting. Persepsi negatif boleh mendorong pengundi untuk beralih sokongan kepada pihak lawan,” katanya.

Sementara itu, beliau berpandangan persaingan antara BN dan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya kali ini masih terbuka dengan kedua-dua gabungan mempunyai peluang yang seimbang untuk membentuk kerajaan.

“Pada ketika ini saya melihat peluang kedua-dua pihak sekitar 50-50. Faktor utama yang akan menentukan keputusan ialah peratusan keluar mengundi.

“Sekiranya peratusan keluar mengundi rendah, BN mempunyai kelebihan. Namun jika peratusan keluar mengundi melebihi 75 peratus, PH berpotensi memperoleh manfaat melalui peningkatan sokongan daripada pengundi bandar, masyarakat Cina dan golongan kelas pertengahan,” katanya.

Menurut beliau, BN mempunyai kelebihan daripada segi peningkatan sokongan pengundi Melayu dan faktor pertandingan dua penjuru di kebanyakan kawasan, manakala PH pula mendapat kelebihan daripada tahap kepuasan sebahagian pengundi terhadap pentadbiran semasa oleh Kerajaan MADANI dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Pada akhirnya, kedua-dua pihak mempunyai kekuatan masing-masing dan keputusan pilihan raya banyak bergantung kepada sejauh mana pengundi keluar menunaikan tanggungjawab mereka,” katanya.

Related Posts

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) menepis dakwaan dibuat Khairy Jamaluddin bahawa gabungan itu seolah-olah meniru manifesto Barisan Nasional (BN) yang telah mentadbir Johor dengan baik. Pengarah Komunikasi PH, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

BATU PAHAT – Pakatan Harapan (PH) tidak pernah menganggap mana-mana kelompok pengundi sebagai ‘deposit tetap’ kerana sokongan rakyat perlu sentiasa dipelihara dan diyakini melalui usaha berterusan serta prestasi yang ditampilkan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Fahmi selar dakwaan PH tiru manifesto BN, Onn Hafiz harus ‘copy paste’ semangat KJ

Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

Sarawak sasar hampir 49,000 pekerjaan digital berkemahiran tinggi menjelang 2030

Kenyataan Nazifuddin boleh jejaskan keyakinan pengundi terhadap BN – Penganalisis

Kenyataan Nazifuddin boleh jejaskan keyakinan pengundi terhadap BN – Penganalisis

Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

Tiada lagi parti miliki ‘deposit tetap’ pengundi

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Miri peneraju bandar pintar rendah karbon pertama di Sarawak

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran

Tiga media kini ‘buka pintu’ jadi platform debat, tapi Onn Hafiz masih enggan sahut cabaran