JOHOR BAHRU – Pakatan Harapan (PH) menggariskan 10 tawaran utama dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang memberi tumpuan kepada kos sara hidup, pemilikan rumah, peluang pekerjaan, pendidikan, kesihatan serta pembangunan ekonomi negeri.
Manifesto bertemakan ‘Johor Untuk Semua’ itu dilancarkan pada hari ketujuh kempen PRN Johor dengan menawarkan pelbagai inisiatif yang disifatkan mampu meningkatkan taraf hidup rakyat, di samping memperkukuh kedudukan Johor sebagai antara negeri pemacu ekonomi negara.
Antara tawaran utama yang diumumkan ialah pelaksanaan Skim Kesihatan Johor dengan perlindungan sehingga RM100,000 setahun kepada penerima yang layak.
PH turut menjanjikan bantuan RM8,000 bagi Rumah Pertama Anak Johor, selain membina 80,000 rumah mampu milik dalam tempoh lima tahun bagi membantu lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri.
Bagi golongan muda, gabungan itu menawarkan Dana Anak Muda Johor berjumlah RM500 juta, selain menyasarkan penyediaan Internet Gigabit dan kemudahan kecerdasan buatan (AI) di semua sekolah menjelang 2030.
Dalam aspek ekonomi, PH berikrar menyediakan Dana RM1 bilion untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta usahawan Johor bagi memperluaskan perniagaan dan meningkatkan daya saing.
.
Manifesto itu turut memberi penekanan kepada usaha memperkasa Johor sebagai pengeluar utama agromakanan negara, selain memacu pembangunan industri bernilai tinggi bagi menarik lebih banyak pelaburan berkualiti.
Bagi mengurangkan kesesakan di pintu masuk negara, PH menyasarkan pengurangan masa menunggu di sempadan Johor-Singapura sehingga 50 peratus menerusi Agenda Johor-Singapura.
Selain itu, gabungan berkenaan turut menyasarkan pewujudan 250,000 peluang pekerjaan bergaji tinggi dan bermaruah sebagai usaha meningkatkan pendapatan rakyat serta mengekalkan bakat tempatan di Johor.
PH dalam manifestonya menyatakan bahawa sasaran tersebut bakal dicapai melalui pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-singapura (JS- SEZ), selain memfokuskan bidang Al, ekonomi digital, logistik pintar serto teknologi hijau.
Bagi memastikan peningkatan taraf hidup rakyat, PH bertekad menyediakan 50,000 peluang pekerjaan setiap tahun, selain berusaha meningkatkan kadar gaji median di Johor sekurang- kurangnya 30 peratus
PH juga akan melaksanakan program peningkatan kemahiran (upskilling, dan latihan semula (reskilling nelibatkan 10,000 pekeria di neger ni dengan menumpukan bidang Al, angkalan data, automasi, pembuatan pertanian moden serta penghasilan makanan.
Sementara itu, lima inisiatif “Pencetus Perubahan Johor” turut diperkenalkan merangkumi penubuhan 250 Taska MADANI dan Taska Tempat Kerja bagi membantu wanita kembali ke pasaran kerja, serta pengenalan Pas Pengangkutan Awam RM50 sebulan untuk pelajar, warga emas dan OKU.
Inisiatif |ain melibatkan penubuhan Tribunal Hak Tanah Johor bagi mempercepat penyelesaian kes tertunggak, dan pemberian Bonus Anak Johor sebanyak RM1,000 untuk setiap bayi yang lahir di negeri itu
Program Balik Johor juga diperkenalkan untuk membawa pulang 20,000 profesional Johor dari Singapura dan luar negara menjelang 2031 dengan menawarkan insentif pekerjaan serta keusahawanan.
Manifesto berkenaan menjadi tawaran rasmi PH kepada pengundi menjelang hari pengundian PRN Johor pada 11 Julai ini.




