Dua sekolah luar bandar Mukah terima ‘Interactive Smart Board’

MUKAH – Dua sekolah di daerah ini menerima sumbangan skrin pintar atau Interactive Smart Board bagi merapatkan jurang digitalisasi pendidikan pelajar di kawasan luar bandar.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine berkata, inisiatif proaktif tersebut melibatkan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chong Boon dan Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Petanak.

Menurutnya, sumbangan itu bertujuan memastikan anak-anak di kawasan berkenaan mendapat hak dan peluang yang sama rata, sekali gus tidak tercicir daripada arus teknologi terkini.

“Sumbangan ini diberikan berdasarkan permohonan pihak sekolah, selain mengambil kira pencapaian cemerlang SK Kampung Petanak yang telah merangkul pelbagai pengiktirafan sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Kemudahan canggih seperti ini jarang sekali dapat dilihat, malah sebahagian murid tidak pernah berpeluang menggunakannya. Kita harap inisiatif ini memberi manfaat besar kepada proses pembelajaran mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Penyerahan Sumbangan Interactive Smart Board di SK Kampung Petanak pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Royston komited untuk terus menyokong penyediaan kemudahan teknologi yang sama ke sekolah-sekolah lain di kawasan terbabit pada masa akan datang.

Jelasnya, perbincangan awal bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Mukah telah pun diadakan bagi mengenal pasti sekolah luar bandar lain yang berpotensi menerima sumbangan seumpama itu.

Tambahnya, penyediaan fasiliti moden tersebut juga diyakini mampu menyuntik motivasi dan semangat baharu kepada warga pendidik untuk terus mengekalkan komitmen tinggi dalam mendidik anak bangsa.

Turut hadir Pegawai Pendidikan Daerah Mukah, Awang Yusri Awang Adeni.

Related Posts

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

GERIK – Enam peserta Ekspedisi Trans Gerah yang dilaporkan hilang ketika merentasi tiga puncak gunung di Banjaran Titiwangsa, disahkan selamat pada petang Isnin. Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

LAHAD DATU – Jentera Gagasan Rakyat Lahad Datu diseru sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dan turun padang mendekati masyarakat sebagai persediaan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang. Ketua Bahagian…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Ketelusan tawaran gaji sedang dikaji Kementerian Ekonomi

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Enam pendaki hilang di Gunung Gerah disahkan selamat

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Penyelesaian yang gagal bila retorik politik bertembung dengan data

Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

  • By Ezmie
  • September 7, 2026
Siap siaga, turun padang dekati masyarakat – Rajesh

Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

  • By Ithma
  • September 7, 2026
Pelajar mangsa kebakaran mungkin ditempatkan di asrama

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit

Dua beradik antara dituduh bunuh lelaki di ladang kelapa sawit