BUDI Diesel: Peniaga harap pertambahan kuota ambil kira realiti Sabah

TAWAU – Golongan peniaga di Sabah berharap kerajaan mempertimbangkan pertambahan kuota subsidi di bawah Program BUDI Diesel termasuk mengkaji semula pelaksanaannya agar lebih selaras dengan realiti geografi dan keperluan penggunaan bahan api di negeri ini.

Mereka berpandangan kuota asas sebanyak 200 liter sebulan tidak mencukupi bagi sebahagian peniaga kecil yang bergantung kepada kenderaan diesel untuk menjalankan perniagaan.

Bagi pekebun, Arifuddin Arif, 50, mekanisme penggunaan kenderaan diesel yang didaftarkan atas nama anaknya menyebabkan beliau tidak layak menerima subsidi bahan api berkenaan selain perlu melalui proses yang panjang.

“Bagi saya, susahlah kerana kereta itu atas nama anak saya, tetapi saya yang menggunakannya. Saya ada bertanya kepada kawan, kos minyaknya hampir mencecah RM500 kerana dia menggunakan lori tunda.

“Sekarang saya belum beli minyak lagi sebab sudah isi pada 30 Jun lalu. Buat masa ini saya parkir dulu kereta itu, mungkin simpan atau jual,” selorohnya.

Justeru, beliau berharap kuota subsidi dapat ditambah memandangkan faktor geografi di sekitar Tawau dan Kalabakan yang melibatkan perjalanan jauh.

“Kalau dapat, tambahlah kuota sebab di Sabah ini keadaannya agak mencabar. Kalau mahu ke Serudung, Kalabakan, 200 liter sebulan memang tidak mencukupi,” ujarnya.

Seorang peniaga buah, Brimal, 32, turut senada kerana kos operasi harian memerlukan penggunaan diesel yang tinggi bagi mendapatkan bekalan buah-buahan.

“Buah bergantung pada musim. Kalau musim di Ranau, kami ambil bekalan dari sana. Untuk buah yang kami bungkus pula, keuntungannya sangat kecil, hanya 50 sen bagi setiap 10 kilogram. Kalau isi minyak RM50 sekarang ini, apabila subsidi habis memang susah.

“Pada saya, kosnya memang mahal kerana setiap hari menggunakan diesel. Tambahan pula, kenderaan ini didaftarkan atas nama sepupu saya. Kalau atas nama saya sendiri, memang saya tidak mampu dan permohonan dibuat berdasarkan pendapatan.

“Kalau boleh, bantulah pengguna seperti kami. Naikkan kuota daripada 200 liter kepada 400 atau 500 liter sebulan,” ujarnya.

Related Posts

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

SEPANG – Kerja penyelenggaraan dan penambahbaikan jalan Persekutuan serta jalan negeri di sekitar Sepang dijangka siap pertengahan September ini, menjelang penganjuran Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain Grand Prix 2026…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

KUCHING – Seorang lelaki tempatan yang memiliki enam rekod jenayah lampau akhirnya berjaya ditumpaskan oleh pihak polis dalam satu serbuan di kawasan Taman Eastern Park pada Isnin malam. Ketua Polis…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

  • By Aden
  • August 25, 2026
Kualiti udara Malaysia merosot, 287 titik panas serantau dikesan

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut