HFF angkat kedudukan Sarawak sebagai gerbang budaya serantau

KUCHING – Tuah Cahaya Petroleum Sdn Bhd selaku penganjur utama ‘Hyper Freedom Festival’ (HFF) memeterai memorandum persefahaman (MoU) melantik Hyper Freedom Dreamz Sdn Bhd sebagai pihak pengurusan acara tersebut.

Pengarah Tuah Cahaya Petroleum merangkap pengasas acara HFF, Alfredo Belarek Henry yang juga merupakan anak jati Bumiputera Sarawak berbangsa Bidayuh berkata, inisiatif itu tercetus bagi mengangkat kekayaan warisan lebih 40 etnik di wilayah berkenaan yang belum diketengahkan secara meluas.

Menurut beliau, festival itu tidak hanya memfokuskan kepada muzik, pameran budaya dan sukan pemotoran semata-mata, tetapi ia turut menyokong pertumbuhan ekonomi negeri Sarawak secara keseluruhan.

Menerusi perjanjian tersebut, Pengarah Urusan Hyper Freedom Dreamz bersama, Joewe Kong dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Simon Liew diberi tanggungjawab untuk mengendalikan pengurusan acara berkenaan.

Dalam pada itu, keputusan menamakan program berkenaan sebagai ‘Hyper Freedom Festival’ (HFF) turut mendapat persetujuan penuh daripada pihak penganjur.

Majlis menandatangani dokumen lantikan di Kelab Golf PDRM Titiwangsa pada 20 April lalu itu disaksikan oleh Penasihat projek, Tunku Azwil Tunku Abdul Razak.

Acara itu turut disokong oleh Penaung Persatuan Lakiput Sarawak, Datuk Seri Dr Josephine Duyuk Tuah bagi memperkasa penglibatan komuniti.

Penganjuran festival berskala serantau ini diharap mampu mengukuhkan jaringan komuniti serta memposisikan Sarawak sebagai pintu gerbang utama pertukaran budaya pada peringkat global.

Related Posts

Ekonomi Selangor cecah RM460.1 bilion, sumbang 26.5 peratus kepada KDNK negara

SHAH ALAM – Ekonomi Selangor terus mencatat prestasi memberangsangkan apabila berkembang kepada RM460.1 bilion pada 2025, sekali gus menyumbang 26.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia. Menteri Besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
AMK Sabah seru Kerajaan Persekutuan kaji semula pelaksanaan subsidi diesel

KOTA KINABALU – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah menyeru Kerajaan Persekutuan mengkaji semula mekanisme pelaksanaan subsidi diesel di negeri ini bagi memastikan dasar itu mengambil kira keunikan geografi, struktur ekonomi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

PRN Johor: Anak muda pulanglah mengundi pada 11 Julai nanti

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Pengundi PRN Johor diingatkan waspada taktik sabotaj digital, akaun palsu

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Fahmi pelawa Onn Hafiz, Maszlee dialog di RTM

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Pelaburan JS-SEZ hampir RM77 bilion bukti keyakinan pelabur kekal tinggi

Malaysia bantah dwistandard Barat dalam pematuhan undang-undang antarabangsa