Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

PADANG BESAR – Polis Perlis menahan 11 tekong dan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi lapan kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 sepanjang tempoh Mei hingga Jun lalu.

Operasi berkenaan sekali gus membongkar kaitan kegiatan penyeludupan migran dengan pemilikan senjata api.

Ketua Polis Perlis, Datuk Muhammad Abdul Halim berkata, salah seorang suspek yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan migran didapati memiliki sepucuk pistol jenis Glock bersama 15 butir peluru yang disorok di rumahnya.

“Rampasan ini membuktikan bahawa aktiviti penyeludupan migran bukan sahaja melibatkan kemasukan pendatang asing tanpa izin, malah turut mempunyai kaitan dengan pemilikan senjata api yang boleh mengancam keselamatan negara.

“Kita akan terus mempergiat operasi membanteras penyeludupan migran dan jenayah rentas sempadan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam terus terpelihara,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar di sini hari ini.

Beliau berkata, sepanjang Mei lalu, polis merekodkan lima kes ATIPSOM dengan penahanan tujuh tekong terdiri daripada lima lelaki tempatan berbangsa Melayu, seorang lelaki tempatan berbangsa India dan seorang lelaki warga Thailand.

Katanya, dalam operasi sama, seramai 21 PATI turut ditahan membabitkan 17 warga Myanmar, dua warga Indonesia dan dua warga Bangladesh.

Menurut beliau, bagi Jun pula, tiga lagi kes direkodkan dengan penahanan empat tekong terdiri daripada tiga lelaki tempatan berbangsa Melayu dan seorang lelaki tempatan berbangsa Cina.

“Seramai 12 PATI turut ditahan membabitkan empat warga Republik Rakyat China (PRC) dan lapan warga Myanmar.

“Secara keseluruhannya, bagi tempoh Mei hingga Jun, polis merekodkan lapan kes ATIPSOM dengan 11 tekong serta 33 PATI berjaya ditahan,” katanya.

Muhammad Abdul Halim berkata, selain rampasan pistol Glock dalam kes membabitkan tekong penyeludupan migran itu, polis turut merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama 10 butir peluru dalam satu lagi kes berasingan di Chuping.

Katanya, kejayaan tersebut membuktikan komitmen berterusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Perlis dalam membanteras kegiatan penyeludupan migran dan jenayah rentas sempadan melalui operasi risikan serta penguatkuasaan secara berterusan.

Related Posts

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

KOTA BHARU – Dua rakyat Malaysia yang cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terkena letupan bom berhampiran Persimpangan Sapom, Tak Bai, Thailand semalam dipindahkan ke sebuah hospital di Kelantan pagi tadi.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Industri pelancongan Sabah perlu diberi pertimbangan khas dalam subsidi diesel bersasar

KOTA KINABALU – Kerajaan Persekutuan digesa memberi pertimbangan khas kepada industri pelancongan Sabah dalam pelaksanaan subsidi diesel bersasar bagi memastikan kelangsungan operasi pengusaha pelancongan, khususnya di pulau-pulau dan kawasan pedalaman…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Momentum positif di Penggaram, PH ada peluang menang

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Peruntukan ubat, pengambilan petugas kesihatan kekal jadi keutamaan – Amir Hamzah

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Dua mangsa letupan bom Tak Bai dipindahkan ke hospital di Kelantan

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Calon PH Pasir Raja tekad perkasa pembangunan seimbang, rapat jurang pedalaman dan bandar

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Permohonan dana tambahan projek negeri perlu melalui rundingan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM

Pengumuman projek baharu ketika kempen tidak dibenarkan – PM