‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

TAWAU – Pelaksanaan catuan elektrik serta gangguan bekalan atau ‘blackout’ yang berlaku selama kira-kira hampir tiga jam di kawasan Semarak, di sini, memberi kesan ketara terhadap pendapatan peniaga kecil.

Rata-rata peniaga yang ditemui memaklumkan, situasi tersebut menjejaskan operasi harian terutama bagi perniagaan yang bergantung kepada penggunaan elektrik seperti peruncitan dan perkhidmatan.

Seorang pekerja ‘barber’, Mudzar Bastian, 29, berkata, setiap kali bekalan elektrik terputus, mereka tidak dapat menjalankan perkhidmatan seperti biasa.

“Macam tadi jam 2 lebih elektrik terputus, jadi kami tidak dapat meneruskan operasi. Sekarang jam 3 lebih, ada dalam lima orang suda costumer mau gunting rambut.

“Tapi kami terpaksa tolak la sebab tiada bekalan elektrik , “katanya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press, pada Isnin.

Menurutnya, walaupun impak catuan bekalan elektrik menjejaskan sedikit perniagaan, dia mempunyai inisiatif lain dengan menawarkan perkhidmatan ‘barber’ ke rumah pelanggan.

Seorang lagi peniaga kelapa parut, Mohd Hilmi Sujitno, 20, berkata, gangguan elektrik turut menjejaskan perniagaan dan menyukarkan proses penyediaan bahan jualan khususnya santan kelapa.

“Mesin parut guna elektrik dan jika terputus operasi akan berhenti. Kadang kami terima order santan. Jadi kalau bekalan putus ni memang kena tunggu sampai hidup baru kami buat semua.

“Saya harap lepas ini tidak terputus sudahla sebab kalau mahu guna generator kan, kos lagi meningkat.

“Malah kerugian kelapa tu mungkin mcm sekarang kami boleh proses santan dalam 5 kilogram tapi sekarang tidak dapat,” katanya.

Bagi peniaga runcit, Ratnasari Syarifuddin, 48, dia tidak menafikan bahawa kekerapan catuan bekalan elektrik boleh menyebabkan barangan elektrik dan makanan rosak.

“Kadang-kadang mati hidup mati hidup Karan ni, kami terpaksa tanggung kerosakan barang.

“Malah kami pun ada makanan sejuk beku seperti ayam jadi bila dia lembut disebabkan bekalan terputus, memang kami menanggung kerugian tinggilah, ” ujarnya.

Tambahnya, kesan catuan juga menyebabkan aliran keluar masuk wang terjejas kerana sebelum ini urusan jual beli hanya menggunakan sistem imbasan (scan) tetapi kini terpaksa direkod secara manual.

Pada Isnin, Sabah Electricity menerusi Notis Pemaklumannya memaklumkan, pihaknya sedang melaksanakan langkah pengurusan sistem berikutan pengurangan kapasiti penjanaan akibat gangguan bekalan gas kepada beberapa loji jana kuasa.

Oleh itu, catuan bekalan elektrik dianggarkan dua hingga tiga jam secara bergilir sedang dilaksanakan di beberapa kawasan.

Menurut kenyataan sama, bekalan elektrik akan dipulihkan secara berperingkat sebaik sahaja kapasiti penjanaan kembali mencukupi dan sistem grid kembali stabil.

Related Posts

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

SEBANYAK 180 pasukan dari seluruh negara bakal berentap dalam tujuh kategori pada Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 yang akan berlangsung di Stadium Hoki Wisma Belia Indera Mahkota, dari 9…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

SEMPORNA – Seorang warga emas maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di Kampung Mentelitip Pegagau, Jalan Semporna-Tawau, di sini, pada Khamis. Ketua Balai Bomba…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini