Abdul Razak ajak rakyat Johor pilih perubahan demi masa depan, 11 Julai bakal cetus kejutan

PONTIAN – Calon Pakatan Harapan (PH) Abdul Razak Ismail menyeru rakyat Johor khususnya pengundi di Benut agar melihat ke hadapan dan membuat pilihan yang mampu membawa perubahan ekonomi negeri serta negara menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Abdul Razak yang merupakan calon N. 53 Benut, mengakui beliau agak terkejut apabila Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dibubarkan pada awal bulan lalu.

“Saya menyifatkan keputusan itu sebagai peluang kepada rakyat untuk menilai semula hala tuju pentadbiran negeri.

“Pilihan raya kali ini bukan sekadar memilih wakil rakyat, tetapi menjadi medan untuk menentukan masa depan Johor melalui dasar dan kepimpinan yang benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Jelajah Johor Ke Depan Undi Harapan di Tapak Pasar Malam Taman Megah, Pontian

Abdul Razak turut membuat perbandingan antara pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan di bawah Kerajaan MADANI dengan pelaksanaan dasar di peringkat negeri.

“Pelbagai program bantuan, pembangunan ekonomi dan kebajikan yang diperkenalkan oleh Kerajaan Persekutuan membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu meringankan beban rakyat serta merancakkan pertumbuhan ekonomi,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau mengajak penduduk Pontian supaya memberi peluang kepada kepimpinan baharu yang mampu bergerak seiring dengan Kerajaan Persekutuan demi memastikan lebih banyak manfaat pembangunan dapat dinikmati oleh rakyat Johor.

Mengakhiri ucapannya, Abdul Razak melahirkan keyakinan bahawa keputusan PRN Johor pada 11 Julai nanti akan membawa kejutan besar.

“Saya yakin rakyat sudah membuat penilaian. Insya-Allah, pada 11 Julai nanti kita akan menyaksikan satu kejutan yang mencerminkan hasrat rakyat untuk melihat perubahan,” katanya.

Beliau turut menyeru semua pengundi supaya keluar menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian bagi memastikan suara rakyat diterjemahkan melalui proses demokrasi.

Related Posts

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

KUKUP – Calon Pakatan Harapan (PH), Cheah Chee Hong, mendesak tindakan segera diambil bagi mengatasi masalah capaian internet yang disifatkan sebagai kritikal di beberapa kawasan dalam DUN Kukup selepas hasil…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

PADANG BESAR – Polis Perlis menahan 11 tekong dan 33 pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi lapan kes di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 sepanjang tempoh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Plan Tindakan Malaysia Digital 2030 tingkat kesiapsiagaan Malaysia hadapi era AI – PM

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Internet lemah di lima lokasi Kukup, Cheah Chee Hong desak tindakan segera demi rakyat

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

Polis Perlis tahan 11 tekong, 33 PATI dalam tempoh dua bulan

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

‘Blackout’ jejas pendapatan, operasi harian peniaga kecil

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

SPR keluarkan 24,677 kertas undi pos bagi PRN Johor

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah

Penurunan harga minyak dunia perlu diterjemahkan kepada harga barangan lebih rendah