Bekalan gas Petronas pulih, catuan elektrik diteruskan stabilkan grid Sabah

KOTA KINABALU – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) berjaya memulihkan sepenuhnya bekalan gas luar pesisir kepada sistem penjanaan elektrik di Sabah.

Bagaimanapu, catuan bekalan elektrik masih diteruskan berikutan sebuah stesen janakuasa milik Penjana Kuasa Bebas (IPP) belum dapat beroperasi sepenuhnya.

Sabah Electricity Sdn. Bhd. (Sabah Electricity) berkata, catuan bekalan elektrik dilaksanakan di beberapa kawasan sebagai langkah menstabilkan sistem grid susulan kekurangan kapasiti penjanaan sementara menunggu operasi penjanaan kembali pulih sepenuhnya.

“Sesi pertama catuan berlangsung dari jam 1 petang hingga 4 petang melibatkan kira-kira 74,000 pengguna, manakala sesi kedua dijadualkan dari jam 6.30 petang hingga 8 malam dengan anggaran 62,000 pengguna terlibat.

“Bekalan akan diputuskan secara penggiliran selama antara dua hingga tiga jam pada waktu puncak bagi mengurangkan impak kepada pengguna,” katanya dalam satu kenyataa menerusi Facebook pada Isnin.

Menurut Sabah Electricity, pihaknya akan terus memantau keadaan sistem grid secara berterusan dan akan menyalurkan perkembangan terkini menerusi Facebook rasmi Sabah Electricity Careline.

Menurut Sabah Electricity, pengguna juga boleh menyemak senarai kawasan yang terlibat melalui platform itu atau menghubungi talian 15444 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Agensi berkenaan turut memohon maaf atas segala kesulitan yang dialami pengguna serta menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai sepanjang tempoh pelaksanaan catuan bekalan elektrik.

Related Posts

Operasi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal berakhir, nasib lebih 450 pekerja jadi persoalan

KEMAMAN— Operasi kilang bioteknologi CJ Bio Malaysia di Kerteh didakwa bakal ditamatkan pada 15 Oktober ini, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai nasib lebih 450 pekerja yang dikatakan terkesan. Maklumat ini…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Warga Myanmar mabuk belasah polis didakwa di mahkamah

RAUB – Dua warga Myanmar dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini bagi menghadapi pertuduhan bersama menyebabkan kecederaan kepada seorang anggota polis, bulan lepas. Bagaimanapun, pertuduhan terhadap kedua-dua lelaki…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Sembilan emas Aichi-Nagoya bukti kesungguhan atlet Malaysia – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Pemulihan kuarters TUDM Sungai Besi Land perlu disegerakan – PM

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Tunggakan hasil lebih RM200 juta, JPJ gantung MYEG, Zetrix mulai Isnin

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

Azizulhasni raih pingat emas keirin, tepati ramalan

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

‘Lebai’ Pas salah guna kuasa, khianat dan fitnah – Tun Faisal

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir

Ruang bersuara terbuka, Chean Chung pilih tidak hadir