JKKK Kuala Sapi harap lebih banyak program komuniti diperkasa

BELURAN – Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kuala Sapi berharap lebih banyak program berasaskan komuniti terus diperluaskan bagi mengeratkan hubungan antara agensi kerajaan dan masyarakat, selain menjadi platform menyampaikan maklumat serta membincangkan isu pembangunan setempat.

Pengerusi JKKK Kuala Sapi, Talsing Lambau berkata, program seumpama itu memberi peluang kepada penduduk menyuarakan pandangan, mendapatkan maklumat dan berkongsi cadangan berhubung keperluan serta pembangunan kawasan mereka.

Katanya, penglibatan pelbagai pihak termasuk pemimpin masyarakat, agensi kerajaan dan pusat komuniti turut memberi manfaat besar kepada penduduk, khususnya dalam aspek penyampaian maklumat dan pembangunan luar bandar.

“Kami berharap selepas ini lebih banyak lagi program seperti ini dapat diadakan, malah jika boleh dianjurkan dalam skala yang lebih besar dengan penglibatan lebih ramai penduduk.

“Program seperti ini bukan sahaja mengeratkan silaturahim, malah menjadi platform untuk membincangkan pelbagai isu berkaitan kampung dan kawasan sekitar,” ujarnya ketika ditemui wartawan The Malaysia Press pada Program Key Communicator (KAWAN) di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kuala Sapi, di sini, Jumaat.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Milus Alu @ Abd Wahad berkata, Program KAWAN menjadi platform penting dalam menghubungkan kerajaan dengan masyarakat bagi memastikan maklumat berkaitan dasar dan inisiatif semasa dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Beliau berkata, program berkenaan bukan sahaja memberi ruang kepada rakyat mendapatkan penjelasan mengenai dasar kerajaan, malah membolehkan mereka menyampaikan pandangan, cadangan serta isu yang dihadapi secara terus kepada pihak berkaitan.

“Program seperti ini memperkukuh komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat. Pada masa sama, ia membantu meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap pelbagai inisiatif yang dilaksanakan demi kesejahteraan mereka,” katanya.

Terdahulu semasa berucap, Milus berkata, penurunan harga diesel sebagai antara bukti keprihatinan kerajaan dalam menangani isu kos sara hidup, khususnya bagi penduduk luar bandar yang bergantung kepada bahan api itu untuk aktiviti ekonomi harian seperti pertanian, perikanan dan perusahaan kecil.

Related Posts

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

TAWAU – Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud yang berlaku di Semenanjung Minahassa Sulawesi, Indonesia pukul 12.25 pagi tadi dirasai di beberapa kawasan Pantai Timur Sabah iaitu Kunak, Lahad Datu dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

MCA mahu judi kembali, Pas masih pertahan penyatuan?

Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

  • By Fatin
  • August 16, 2026
Gempa bumi 6.1 magnitud di Sulawesi Indonesia, Pantai Timur Sabah rasai gegaran

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Pemansuhan AUKU buka ruang demokrasi lebih luas kepada mahasiswa

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Siri I: Budaya tabayyun benteng rakyat hadapi lambakan maklumat media sosial – Shamrahayu

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM