Keretakan Pas-Bersatu jelas terserlah, calon MIPP diiringi 7 penyokong sahaja

JOHOR BAHRU – Keretakan dalam Perikatan Nasional (PN) dilihat semakin jelas apabila calon bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pemanis, Dr A Arvind daripada Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), hanya diiringi tujuh penyokong ketika proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, hari ini.

Situasi itu turut menjadi perhatian di media sosial selepas pengguna Facebook, Nabeel Naqie Six, memuat naik hantaran yang menyatakan hanya tujuh individu hadir mengiringi calon berkenaan.

“Penamaan calon PN di Pemanis.. 7 orang sahaja hadir iring calon PN, A Arvind.. Mungkin ‘classmate’ lama sekolah dia agaknya,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Turut meninggalkan pandangan di ruangan komen, seorang pengguna Facebook, Raja Laut, mempersoalkan ketiadaan penyokong Pas ketika proses penamaan calon.

“Berapa kerusi je PN ini bertanding, macam mana nak jadi kerajaan. Tadi kira 33 kerusi je. Nak jadi kerajaan kena 29 kerusi. Kena ingat Johor bukan seperti negeri Pantai Timur,” tulisnya.

Seorang lagi pengguna, Onez Wanz Zakaria pula berpendapat, Bersatu perlu menerima hakikat mengenai kekuatan sebenar parti itu tanpa sokongan Pas.

“Biar mereka sedar kekuatan Bersatu itu setakat mana. Jenis tak sedar diri, dok kerja mengutuk Pas sehingga terlupa nak turun bantu jentera parti,” katanya.

Ketiadaan jentera serta penyokong daripada parti komponen lain, khususnya Pas, menguatkan gambaran bahawa kerjasama dalam gabungan itu semakin longgar menjelang PRN Johor.

Sebelum ini, media melaporkan, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, menegaskan jentera pilihan raya parti itu tidak akan membantu calon daripada Bersatu pada PRN Johor.

Beliau berkata, Pas telah menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu dan semua jentera parti akan bergerak secara berasingan, walaupun Bersatu masih mahu menggunakan logo PN.

Perkembangan itu dilihat memperlihatkan hubungan antara parti-parti dalam PN yang semakin renggang apabila calon gabungan tersebut tidak menerima sokongan terbuka daripada parti komponen lain ketika hari penamaan calon.

Related Posts

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

ADA pihak yang memberikan gambaran seolah-olah Jabatan Audit Negara (JAN) mengatakan Tabung Haji tidak mempunyai masalah, manakala hanya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) yang mendakwa Tabung Haji bermasalah. Itu tidak benar…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

TAWAU – Seorang graduan Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (CGPA) 4.00 memerlukan sokongan dana sebanyak RM20,000 bagi menampung kos visa sebelum melanjutkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

RCI Tabung Haji: Hormati titah YDPA, jangan cipta persepsi

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Wisma Putra terima laporan 11 rakyat Malaysia terputus hubungan di Nepal

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Peniaga Dataran Kampung Wai kecewa dakwa terima notis roboh gerai

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

Pengeluar komponen automotif perlu teroka teknologi robot humanoid

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

JKDM Sabah gagalkan sembilan cubaan seludup minuman keras bernilai RM4.15 juta

Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK

  • By Fatin
  • August 26, 2026
Pelajar cemerlang UIAM perlu RM20,000 untuk visa, sambung pengajian ke UK