SPB rai perpaduan komuniti, agih insentif buat 21 anak peladang cemerlang SPM

MUKAH – Majlis Pengerami Ngiling Bidai anjuran Sarawak Plantation Berhad (SPB) menjadi platform terbaik bagi menyemai perpaduan dan mengeratkan hubungan antara syarikat korporat dengan komuniti akar umbi.

Ahli Lembaga Pengarah SPB, Philip Matau berkata, penganjuran majlis tersebut membuka ruang kepada pelbagai pihak untuk berkumpul tanpa mengira latar belakang.

Menurut beliau, keakraban yang terjalin itu penting bagi mempermudah urusan penyaluran bantuan dan program usaha sama pada masa hadapan.

“Sebagai komitmen membalas jasa komuniti setempat yang menyokong operasi syarikat, SPB turut menyalurkan sumbangan tunai keseluruhan berjumlah RM35,000 kepada tujuh buah sekolah di sekitar kawasan ladang.

“Setiap sekolah menerima dana sebanyak RM5,000 bagi membantu mempertingkat taraf pendidikan anak-anak di kawasan ini,” katanya ketika berucap pada majlis tersebut di sini.

Dalam pada itu, majlis turut menyaksikan penyampaian insentif khas kepada 21 pelajar dalam kalangan anak pekerja ladang yang mencatat keputusan cemerlang 3A hingga 9A bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Philip menyifatkan penganugerahan itu sebagai suntikan moral bagi membuktikan kekangan geografi luar bandar bukanlah penghalang untuk meraih kejayaan akademik.

“Ini bagi memberi semangat (kepada yang lain). Kita mahu tunjukkan bahawa anak-anak dari kawasan ladang juga mampu berdiri sama tinggi dan mencapai kecemerlangan,” ujarnya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah Mukah, DSP Muhamad Rizal Alias dan Pegawai Tadbir Pejabat Daerah Mukah, Nolin Gendang.

Related Posts

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

PUTRAJAYA – Penubuhan Tabung Pendidikan Matadeng hasil inisiatif Sarawak Energy Berhad (SEB) bakal menjadi talian hayat membantu anak luar bandar di Mukah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT). Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

MUAR – Kehadiran ribuan penyokong mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Soraya Badaruddin memeriahkan suasana proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang pada Sabtu. Turut hadir memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis