Sarawak cadang lima inisiatif baharu perkasa pendidikan STEM

Nana Mohamad dan Eveline.B

SIBU – Lima inisiatif strategik bagi memperkukuh pelaksanaan Ujian Penilaian Program Dwibahasa (UP-DLP) Sarawak dicadangkan kepada kerajaan negeri sebagai usaha meningkatkan minat murid terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sejak di bangku sekolah rendah.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat I, Datuk Dr Annuar Rapaee berkata, cadangan tersebut dibentangkan kepada Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn, susulan kadar penyertaan pelajar dalam aliran sains di negeri ini yang masih rendah.

Menurutnya, antara faktor utama ialah kekurangan kemudahan berkaitan STEM di sekolah rendah sehingga minat murid terhadap sains semakin berkurangan sejak usia muda.

“Semalam saya telah memberi taklimat kepada Datuk Seri Roland Sagah Wee Inn mengenai lima inisiatif yang saya harap akan diterima oleh kerajaan untuk murid sekolah rendah.

“Seperti yang kita tahu, penyertaan pelajar dalam aliran sains masih sangat rendah, malah antara yang terendah di negara ini,” ujarnya ketika berucap pada Program Misi A+ Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2026 di sebuah hotel di sini pada Jumaat.

Menurur Dr Annuar, lima inisiatif yang dicadangkan ialah Modul Intensif Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik Tahun Enam (UP-DLP), latihan intensif UP-DLP dan Program Pendidikan Matematik Berkesan dalam Bahasa Inggeris (EMEIE) dengan kerjasama Singapore Education Consulting Group.

“Selain itu, pemerkasaan 6,000 guru Matematik di seluruh Sarawak, pendekatan Sarawak Collaborative Learning Interactive Experience (SCALE) melalui penggunaan buku teks digital serta penyediaan kit sains untuk sekolah rendah,” ujarnya.

Katanya, kerajaan negeri turut mendapat sokongan PETRONAS dalam memperkukuh usaha berkenaan selain meningkatkan keupayaan guru mengajar Bahasa Inggeris dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Beliau berharap penggunaan buku digital interaktif yang menggabungkan elemen animasi dan gamifikasi mampu menarik minat murid terhadap pembelajaran STEM.

Program Misi A+ SPM 2026 berlangsung dari 22 hingga 26 Jun dengan penyertaan 155 calon daripada SMK Sedaya, SMK Nanga Dap dan SMK Kanowit.

Program itu dianjurkan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kanowit dengan kerjasama Pejabat Daerah Kanowit serta ditaja oleh Lembaga Kumpulan Wang Konsesi Hutan, Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Sarawak.

Foto: Facebook YB Dr Annuar Rapaee

Related Posts

Usul tambah 17 kerusi DUN Sarawak tidak sempat dibentang tahun ini – Fadillah Yusof

KUCHING – Pembentangan usul persempadanan semula bagi penambahan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di Parlimen dijangka tidak dapat dilaksanakan pada tahun ini berikutan kekangan prosedur. Timbalan Perdana Menteri,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

SIBU – Tiga keluarga mangsa kebakaran di Rumah Panjang Tr. Udin Nasat, Dudong menerima bantuan kewangan berjumlah RM2,600 daripada Exco Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) Nasional pada Ahad.  Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

Anwar umum sebulan tambang percuma LRT3 Shah Alam, operasi bermula esok

Usul tambah 17 kerusi DUN Sarawak tidak sempat dibentang tahun ini – Fadillah Yusof

Usul tambah 17 kerusi DUN Sarawak tidak sempat dibentang tahun ini – Fadillah Yusof

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR