Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

SIBU – Tiga keluarga mangsa kebakaran di Rumah Panjang Tr. Udin Nasat, Dudong menerima bantuan kewangan berjumlah RM2,600 daripada Exco Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) Nasional pada Ahad. 

Ketua Wanita PDP Nasional, Kaunselor Wendy Earnest Sadan berkata, sumbangan tersebut diharap dapat meringankan beban keluarga terkesan, selain menyuntik semangat untuk mereka meneruskan kehidupan selepas ditimpa musibah.

Beliau berkata demikian ketika mengetuai rombongan Exco Wanita PDP Nasional melawat lokasi kejadian bagi menyampaikan sumbangan tersebut kepada wakil keluarga mangsa iaitu Anta anak Aben, Amba anak Ukoh dan James anak Kap.

Mengulas lanjut, Wendy memaklumkan dana tersebut merupakan hasil kutipan bersama Exco Wanita PDP Nasional, Ketua Wanita PDP Central Region Sibu, serta cawangan Sibujaya dan Nanga Salim.

“Bantuan tersebut diagihkan mengikut tahap kerosakan yang dialami oleh setiap keluarga sebagai usaha membantu meringankan beban mereka sepanjang tempoh pemulihan,” katanya.

Terdahulu, rombongan turut meninjau lokasi kejadian dan mendapati insiden itu menjejaskan tiga kediaman dengan kerosakan sebahagian struktur rumah termasuk siling serta ruang dalaman.

Sesi ramah mesra bersama mangsa turut diadakan bagi mendapatkan perkembangan terkini dan mengenal pasti keperluan semasa yang masih diperlukan oleh keluarga berkenaan.

Turut hadir Setiausaha Exco Wanita PDP Nasional, Evonne Yong; Ketua Cawangan PDP Bahagian N.52 Dudong-Sibujaya merangkap Setiausaha Pengelola Exco Wanita PDP, Amek Law Pick Yung; Ketua Penerangan Exco Wanita PDP Nasional, Hellen Anbi dan Kaunselor Lau Nguing Ling.

Related Posts

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

KUANTAN – Gelanggang futsal di Taman Seri Inderapura, dekat sini, diberi nafas baharu menerusi peruntukan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) diperkenalkan Kerajaan MADANI. Buat masa ini, kerja naik taraf dan baik…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor komited dalam membudayakan gaya hidup sihat dengan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata hal ini sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir