Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

KUANTAN – Gelanggang futsal di Taman Seri Inderapura, dekat sini, diberi nafas baharu menerusi peruntukan Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) diperkenalkan Kerajaan MADANI.

Buat masa ini, kerja naik taraf dan baik pulih gelanggang futsal berkenaan sedang giat dijalankan.

Ahli Majlis Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, objektif utama pelaksanaan IKR di bawah Kementerian Ekonomi itu bagi menyediakan ruang sukan lebih selamat, selesa, dan kondusif untuk kegunaan penduduk setempat.

“Bagi kerja naik taraf menggunakan IKR ini, saya membantu dalam mengajukan permohonan kepada pihak Kementerian Ekonomi.

“Jadi proses pelaksanaan semua kerja di gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dipantau rapat oleh MBK, dan agensi berkaitan,” katanya.

Apabila siap kelak, Fakhrul Anuar menjelaskan, gelanggang itu dijangka mampu menampung lebih ramai pengguna bagi aktiviti sukan harian, sesi latihan, hinggalah ke penganjuran kejohanan peringkat komuniti.

Beliau menjelaskan, kawasan taman perumahan berkenaan mula dibuka pada tahun 1998 dan berada dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Inderapura.

“Berdasarkan maklumat yang ada, kira-kira 1,000 rumah di kawasan taman ini, dan jumlahnya semakin berkembang.

“Jadi, memang ada keperluan untuk menaik taraf kemudahan riadah seumpama ini,” ujarnya.

Related Posts

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

SIBU – Tiga keluarga mangsa kebakaran di Rumah Panjang Tr. Udin Nasat, Dudong menerima bantuan kewangan berjumlah RM2,600 daripada Exco Wanita Parti Demokratik Progresif (PDP) Nasional pada Ahad.  Ketua Wanita…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

SHAH ALAM – Kerajaan Negeri Selangor komited dalam membudayakan gaya hidup sihat dengan menggalakkan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata hal ini sekali…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir