PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

MUAR – Keputusan Pas untuk tidak membantu kempen Bersatu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini disifatkan telah memberikan sedikit kelebihan kepada Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil menegaskan, pihaknya tidak mahu mencampuri konflik mahupun urusan dalaman yang sedang berlaku dalam Perikatan Nasional (PN).

Beliau menegaskan, PH pada ketika ini hanya memfokuskan untuk membawa lebih ramai pengundi yang menyokong gabungan itu keluar mengundi pada 11 Julai depan.

“Saya lihat ini masalah dalaman di kalangan parti terbabit dan kita tak masuk campur dalam hal mereka. Untuk parti lain, bukan kita tak endahkan, tapi kita akan fokus kepada kekuatan PH.

“Bagi PH, keutamaan dan fokus adalah untuk menggerakkan jentera, memenangi hati rakyat dan membuktikan bahawa PH boleh meneraju, boleh mewakili rakyat dan pengundi di Johor,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Program JIWA@Komuniti Madani Sembang Santai Edisi Piala Dunia FIFA 2026, di Pasar Awam Parit Jawa, pada Ahad.

Hadir sama, calon PH Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang, Soraya Badaruddin.

Terdahulu, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, pihaknya menghormati keputusan Pas untuk tidak membantu kempen parti itu pada PRN Johor dan menegaskan Bersatu akan meneruskan gerak kerja mereka berlandaskan kekuatan sendiri.

Muhyiddin menegaskan, keputusan Pas itu tidak menjejaskan kempen Bersatu yang terus memberi tumpuan kepada dasar dan rekod perkhidmatan parti dalam usaha meraih sokongan rakyat.

Dalam pada itu, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi turut menyeru agar kesemua pimpinan parti politik agar tidak menyentuh isu agama, kaum dan raja (3R) dalam kempen mereka semasa PRN Johor.

Beliau berkata, seharusnya PRN kali ini mereka mengutamakan perlawanan antara parti dan bukan menjadi platform dalam menanam kebencian sehingga menimbulkan maklumat palsu dan tidak tepat.

“Pandangan saya tak payah sentuh pun. Seperti yang Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Datuk Seri Mohamad Sabu) serta Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ada sebut, biar parti lawan parti.

“Kita fokus kepada parti politik dan tokoh politik,” katanya.

Related Posts

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

JOHOR BAHRU – Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16 disifatkan melangkaui ritual demokrasi biasa yang menjadi medan eksperimen nasional dalam menguji ketahanan naratif setiap blok politik sebelum melangkah ke Pilihan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir

AHLI Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Adam Adli Abdul Halim melahirkan rasa syukur dan terharu dengan penerimaan positif yang diberikan peduduk kepada calon Pakatan Harapan (PH) di…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

PRN Johor: Keputusan Pas untungkan PH

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

Kebakaran di Dudong: Exco Wanita PDP Nasional salur dana RM2,600 buat tiga keluarga

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

PRN Johor jadi kompas politik, pentas ukur kekuatan parti sebelum PRU16

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Gelanggang futsal Taman Seri Inderapura dinaik taraf menerusi IKR

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Selangor mahu rakyat budayakan gaya hidup sihat 

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir

Calon PH bukan wajah asing di DUN Gambir