Sabah perhebat persiapan Tahun Melawat 2027, sasar peningkatan pelancong global

SEMPORNA – Kerajaan Sabah sedang merangka pelbagai program berimpak tinggi sempena Tahun Melawat Malaysia 2027 yang dijangka menjadi pemangkin jenama Sabah sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Tahun Melawat Sabah 2027 bukan sahaja mengekalkan momentum Tahun Melawat Malaysia 2026, tetapi turut memastikan pertumbuhan industri pelancongan yang mampan dan inklusif.

“Ini termasuklah program seperti Regatta Lepa Semporna selain mempromosikan pelancongan berasaskan komuniti serta pengukuhan kempen pemasaran digital bagi menarik lebih ramai pelancong antarabangsa.

“Tahun lalu, Sabah mencatat prestasi memberangsangkan dengan menerima 3.79 juta pelawat,” katanya pada majlis perasmian Regatta Lepa, di Semporna.

Teks Ucapannya disampaikan Menteri Pembangunan Belia, Kemajuan Sukan dan Ekonomi Kreatif, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurut Hajiji, Kerajaan Negeri juga terus menyokong penuh usaha-usaha memperkukuhkan kedudukan Semporna sebagai destinasi pelancongan budaya dan maritim yang unggul di rantau ini.

Katanya, Regatta Lepa telah membuktikan bahawa acara berasaskan budaya mampu menjadi produk pelancongan yang berimpak tinggi.

“Setiap tahun, ribuan pelawat datang ke Semporna untuk menyaksikan sendiri keindahan perahu lepa, persembahan kebudayaan, pertandingan tradisional serta pelbagai aktiviti yang disediakan.

“Kehadiran pelancong ini secara langsung memberi manfaat kepada pengusaha hotel, pengusaha bot pelancongan, peniaga kecil, usahawan kraftangan, pengusaha makanan dan minuman serta masyarakat setempat.

“Justeru, dalam konteks ini kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian kepada pembangunan sektor pelancongan sebagai salah satu pemacu utama pertumbuhan ekonomi Sabah, dengan kepelbagaian khazanah budaya dijadikan tarikan ke negeri ini,” ujarnya.

Mengulas lanjut, jelas Hajiji, dalam dunia yang semakin moden dan mencabar, usaha memelihara warisan budaya bukan lagi satu pilihan, tetapi satu tanggungjawab yang perlu dipikul bersama agar identiti dan jati diri kita tidak hilang ditelan zaman.

“Perahu lepa merupakan simbol kehidupan masyarakat Bajau Semporna sejak zaman berzaman bukan sahaja berfungsi sebagai pengangkutan di lautan, malah menjadi lambang kemahiran, kreativiti dan kehalusan seni masyarakat.

“Keunikan inilah yang menjadikan Regatta Lepa begitu istimewa kerana mempamerkan keindahan budaya, adat resam dan nilai-nilai kehidupan yang diwarisi daripada generasi terdahulu.

“Warisan seperti ini perlu terus dipelihara kerana ia merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya,” serunya.

Related Posts

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

SERIAN – Tiga projek pembangunan infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM3.3 juta di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dijangka memberi manfaat besar kepada penduduk setempat, khususnya dalam memudahkan akses…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Tiga projek infrastruktur RM3.3 juta perkasa sosioekonomi penduduk Tebedu

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

Hilang kawalan langgar kereta, remaja maut di lokasi kejadian

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak