Alpha Gen Talents platform cungkil bakat, perkasa pendidikan awal kanak-kanak

LIMBANG – Program Alpha Gen Talents @ KEMAS 2026 Peringkat Parlimen Limbang menjadi platform penting bagi mencungkil bakat dan membina keyakinan diri kanak-kanak menerusi pembangunan holistik.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, penganjuran Hari Potensi itu membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkasa pendidikan awal kanak-kanak secara menyeluruh.

“Seramai 105 murid Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) KEMAS berusia antara empat hingga enam tahun menyertai program tersebut di Pusat Kegiatan Masyarakat KEMAS Limbang.

“Program seperti ini bukan sahaja mengembangkan bakat dan kreativiti, malah membantu membentuk jati diri, semangat kesukanan serta nilai murni sejak di bangku prasekolah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penangguhan program berkenaan pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Hasbi yang juga Ahli Parlimen Limbang memaklumkan bahawa peserta mempamerkan prestasi membanggakan menerusi pelbagai acara termasuk futsal, bola jaring, olahraga kanak-kanak (kids athletics), Huffaz Cilik dan bicara berirama.

Jelas beliau, penglibatan aktif ibu bapa sepanjang dua hari program itu turut mencerminkan kerjasama erat antara institusi keluarga dan KEMAS bagi memupuk perkembangan sosioemosi serta fizikal anak-anak secara seimbang.

“Kita mahu memastikan setiap anak di Limbang tanpa mengira latar belakang mendapat peluang pendidikan serta ruang untuk mengembangkan bakat demi masa depan yang lebih cemerlang,” tambahnya.

Related Posts

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

ALOR SETAR – Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah mencatat sejarah sebagai kerabat diraja pertama yang menjalani dan menamatkan Kursus Asas Penerbangan Helikopter di Kolej Tentera Udara (KTU),…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

LIMBANG – Masyarakat di kawasan perbatasan digesa untuk memainkan peranan proaktif sebagai mata dan telinga kerajaan dengan menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Rakan Niaga SARA kini cecah 14,068 premis seluruh negara

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Tengku Hassanal terima Sayap Penerbangan TUDM

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Komuniti perbatasan Limbang diseru jadi mata dan telinga kerajaan

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

Tiada parti lain, hanya PKR jadikan MA63 agenda nasional 

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PH bersama Bersatu PRN Melaka: Saya tidak tahu, kata Fahmi

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP

PKR tumpu pengukuhan parti, tidak terheret isu DAP