Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

PUTRAJAYA – Penubuhan Tabung Pendidikan Matadeng hasil inisiatif Sarawak Energy Berhad (SEB) bakal menjadi talian hayat membantu anak luar bandar di Mukah melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

Timbalan Menteri Kesihatan merangkap Ahli Parlimen Mukah, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu bertujuan meringankan beban kewangan keluarga pelajar yang kurang berkemampuan.

Menurut beliau, bantuan pembiayaan itu akan memfokuskan golongan bersasar melibatkan anak-anak di kawasan pedalaman termasuk Kampung Matadeng Kecil, Matadeng Ulu dan Sungai Badengan.

“Kita mahu memastikan tiada anak luar bandar yang tercicir daripada menara gading hanya disebabkan oleh masalah kewangan.

“Pelaburan dalam sektor pendidikan merupakan langkah paling kritikal untuk membina masa depan yang lebih gemilang bagi anak-anak Sarawak, khususnya di Mukah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat pengurusan tertinggi SEB dan ahli jawatankuasa tabung berkenaan pada Jumaat.

Kunjungan bagi membincangkan perincian pelaksanaan tabung tersebut diketuai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian merangkap Pengerusi Tabung Pendidikan Matadeng, Abdul Yakub Arbi.

Bagi memastikan pengurusan dana dan bantuan digital diuruskan dengan lebih teratur serta telus, Hanifah turut bersetuju dilantik sebagai penasihat bagi tabung berkenaan.

Dalam pada itu, beliau menzahirkan penghargaan atas komitmen SEB yang peka terhadap pembangunan modal insan di kawasan parlimennya.

Tambahnya, inisiatif itu secara tidak langsung mencerminkan keyakinan tinggi kerajaan dan sektor korporat terhadap potensi pelajar Matadeng untuk terus melakar kecemerlangan akademik.

Related Posts

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

MUAR – Kehadiran ribuan penyokong mengiringi calon Pakatan Harapan (PH), Soraya Badaruddin memeriahkan suasana proses penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Balang pada Sabtu. Turut hadir memberi…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

KUCHING – Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) membidas tindakan Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) Sarawak yang didakwa berterusan memutar belit fakta berhubung isu pengambilalihan Pelabuhan Bintulu. Timbalan Bendaharinya, Afiq Fikri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Tabung Matadeng realisasi impian anak pedalaman Mukah ke IPT

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sokongan luar biasa akar umbi saksi kesediaan PH tawan DUN Sungai Balang

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Sepanyol lepas ke pusingan kalah mati, Uruguay tersingkir

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Program MADANI KITA sedia pelbagai aktiviti

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Isu Pelabuhan Bintulu: Pemuda PBB bidas DAPSY angkuh, putar belit fakta

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis

Institusi diraja wajar dijauhkan daripada polemik politik PRN Johor, Negeri Sembilan – Penganalisis