Peniaga kecil Mahkota mahu permohonan dipermudahkan

KLUANG – Para peniaga kecil di Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota meletakkan harapan tinggi kepada Kerajaan Negeri Johor agar membantu untuk menstabilkan perniagaan mereka.

Seorang peniaga, Mohamad Saifuddin Moslem, 34, berkata, dia mengakui Kerajaan Negeri Johor telah sedia menyediakan peruntukan bantuan kepada peniaga-peniaga kecil.

Mohamad Saifuddin berkata, bagaimanapun, permohonan tersebut perlu dilakukan menerusi agensi atau pihak berwajib dan adakalanya agak sukar kerana memerlukan pelbagai dokumen.

“Macam bantuan daripada Kerajaan Negeri Johor itu ada. Cuma pada pendapat saya untuk mendapatkan bantuan permohonan itu supaya dipermudahkan.

“Kami sebagai peniaga-peniaga kecil memohon agar dipertimbangkan. Jika ia dipermudahkan, sudah tentu kami dapat mengembangkan perniagaan kami,” katanya ketika ditemui The Malaysia Press di tapak perniagaan Majlis Perbandaran Kluang (MPK), di sini, hari ini.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, yang hanya mahu dikenali sebagai Ezan, 40, juga bersependapat berharap agar diwujudkan sebuah sistem yang sewajarnya demi meningkatkan taraf ekonomi peniaga setempat.

“Kerajaan Negeri Johor ada memberikan bantuan, cuma sama ada layak atau tidak mengikut setiap permohonan yang dikemukakan.

“Harapan saya sebagai peniaga, semoga wakil rakyat yang bakal menang dapat membantu segala akses permohonan bantuan perniagaan, pinjaman perniagaan dan sebagainya dipermudahkan.

Kerana ia amat diperlukan oleh peniaga-peniaga kecil seperti saya,” ujarnya.

Related Posts

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

SELARAS dengan keadaan semasa geopolitik dunia dan krisis di Asia Barat, Kerajaan MADANI berani mengambil pendekatan perlu dan kritikal iaitu menyelaraskan semula perbelanjaan kerajaan. Penyelarasan ini sebenarnya sederhana, tetapi sengaja…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

KUALA LUMPUR – Rata-rata peniaga dan penjaja di sekitar ibu negara kesal kerana perniagaan mereka terjejas susulan Himpunan 1 Mei yang diadakan, pada Sabtu. Ini kerana, kebiasaannya pada setiap hujung…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Rasionalisasi penyelarasan perbelanjaan kerajaan

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Peniaga alami kerugian, kecewa Himpunan 1 Mei jadikan masjid tempat berkumpul

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Kerajaan perkenal Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi untuk Sabah, Sarawak dan Labuan

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Perairan Perlis jadi habitat mamalia marin bertaraf antarabangsa

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

Empat sekolah di Kepala Batas rosak dibadai ribut

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy

‘Suci sangatkah air mereka?’ – Shaiful Hazizy